• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Suara siswa keutamaan Syahme

on 08 April 2015.

 Mohammad Syahme Baharudin

MATA si gadis pastinya terpaku bila melihat wajah sang jejaka kelahiran Selangor ini. Cukup tampan, bijak dan memiliki senyuman yang manis - antara keistimewaan yang dimiliki oleh insan bernama Mohammad Syahme Baharudin.

Mengenali jejaka yang baru berusia 22 tahun ini cukup menyenangkan penulis. Walaupun secara luarannya nampak pendiam, namun jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak munasabah, beliau boleh menjadi tegas demi menegakkan kebenaran.

Baru mengalas jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) 2014/2015 sejak empat bulan yang lalu cukup menggembirakan hati kecilnya.

Bagaikan bulan jatuh ke riba, Syahme menerimanya dengan hati terbuka dan menganggap amanah tersebut harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Perjuangan Syahme di MPP pada kali ini, yang pertamanya adalah ingin membawa platform MPP di Unimas sebagai pemimpin yang inklusif, yang membawa maksud pemimpin bersama rakyat.

"Perjuangan ini penting untuk direalisasikan kerana bagi saya tiada beza antara pemimpin dan rakyat. Susah dan senang harus diharungi bersama-sama, namun masih perlu ada jurang yang menunjukkan ketaatan rakyat terhadap pemimpin," katanya sambil menasihatkan siswa Unimas agar perlu lebih banyak lagi mengasah diri untuk menjadi matang dan pandang ke hadapan.  

Syahme mengakui, sebagai YDP MPP Unimas, dirinya sentiasa sibuk dengan hal-hal yang berkaitan. Walaupun begitu, ini tidak bermakna yang Syahme tidak boleh melakukan aktiviti lain.  

"Setiap petang, saya masih boleh beriadah bersama kawan-kawan. Selain itu, saya akan menulis lirik-lirik lagu dan letakkannya dalam satu fail khas jika punyai banyak masa lapang.

"Walau bagaimanapun, jika saya diperlukan untuk menghadiri mesyuarat MPP, sudah tentunya saya akan utamakan mesyuarat tersebut berbanding perkara-perkara lain," katanya.

Seronok di sini

Syahme merupakan anak jati Selangor, tetapi mengapa beliau memilih untuk belajar di Sarawak sedangkan banyak lagi Universiti Awam lain yang ada di Semenanjung.

Bila ditanya tentang perkara itu, kelihatan Syahme tersenyum manis. Menurutnya, ada alasan tertentu mengapa Unimas tetap di hati.

"Semasa mengisi borang permohonan ke universiti, Unimas merupakan pilihan pertama bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Saya pilih Unimas kerana belajar di Sarawak sangat berbeza dengan belajar di Semenanjung.

"Sarawak mempunyai satu sifat uniknya di mana bermacam-macam budaya terdapat di sini. Pelbagai etnik, kaum, agama dan adat mereka semuanya berlainan.

Lagi-lagi apabila menjadi pemimpin siswa di sini, cabaran untuk meraikan pendapat kesemua siswa yang berlainan rupa, pandangan, latar belakang merupakan cabaran yang sangat tinggi.

Saya berani mencabar mana-mana siswa yang ingin menunjukkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin untuk datang ke Sarawak dan belajar adat di sini," ujarnya.  

Dalam pada itu, Syahme berkata, kesedaran penuntut Unimas untuk beraktiviti kurang menggalakkan. Ini kerana, mereka kurang diberi pendedahan tentang kepentingan beraktiviti.

Namun begitu, barisan MPP pada kali ini akan cuba yang terbaik untuk menyuntik kesedaran kepada semua siswa. Kami yakin dan percaya bahawa dengan beraktiviti, mereka boleh mengasah dan menajamkan lagi bakat sedia ada dan kemahiran yang tertentu apabila berdepan dengan dunia luar kampus.

Akhir sekali, Syahme dan pasukan MPPnya mahukan satu pembaharuan intelektual dan suara mereka di Unimas didengari. Bukan sahaja menjadi seorang siswa yang hanya belajar, tetapi juga menjadi siswa yang mempunyai perkembangan holistik yang positif.

Sumber : Sinar Harian

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3112132

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa