• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

usahawan luar bandar terokai kaedah pemasaran dan promosi atas talian

on 28 April 2015.

 

 
UCTC 1
UCTC3
KOTA SAMARAHAN, 28 April 2015 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang ilmu pengetahuan serta kepakaran kepada masyarakat setempat sebagai usaha membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka.
Penolong Naib Canselor, Profesor Madya Dr Muhammad Ibrahim Sapawi berkata antara yang boleh disumbangkan seperti kepakaran para ahli akademik universiti ini yang boleh membantu mengubah kehidupan masyarakat di luar bandar.
“Mempelajari asas kemahiran dan etika perniagaan secara maya boleh membantu usahawan luar bandar dalam mempromosi serta memasarkan produk keluaran mereka dengan lebih efektif,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Program Memperkasa Asas Teknologi dan Strategi Pemasaran Atas Talian Untuk Meningkatkan Ekonomi Masyarakat Luar Bandar di Bilik Multi Media, Fakulti Sains Sosial yang diadakan baru-baru ini.
Menurut Profesor Madya Dr Muhamad Ibrahim, program sedemikian dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat terutama usahawan kecil di Kampung Meranek dan Kampung Pengkalan Kuap mengenai asas-asas peniagaan dan teknologi moden.
“ Malah UNIMAS melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah melancarkan beberapa program penglibatan masyarakat yang melibatkan beberapa fakulti dan juga penduduk luar bandar dengan tujuan membantu masyarakat setempat mengatasi masalah yang dihadapi.
“ Seperti contoh, Fakulti Sains Perubatan dan Kesihatan telah melancarkan program untuk melahirkan sukarelawan perubatan dengan penglibatan masyarakat di Sri Aman, Selangau, Bekenu dan Selanyau,” sambungnya lagi.
Menurut beliau, projek lain yang dilakukan oleh UNIMAS seperti projek bekalan air bersih kepada masyarakat di Kampung Sadong Jaya oleh Fakulti Kejuruteraan. 
Beliau turut meminta para peserta program berkenaan untuk mempelajari apa yang diajar untuk meningkatkan pendapatan ekonomi menerusi perniagaan masing-masing.
Beliau berkata, dalam arus peredaran zaman dan perkembangan teknologi masa kini, setiap pihak harus bijak merebut peluang untuk mempelajari yang baharu termasuk usahawan luar bandar sebaga persediaan untuk bersaing dengan pihak luar lain.
Sementara itu, Timbalan Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan Fakulti Sains Sosial Dr. Ahmad Nizar Yaakub yang juga selaku ketua projek berkata usahawan berkarisma amat diperlukan untuk membangunkan sosio-ekonomi sesebuah kampung dengan lebih pesat selaras dengan usaha kerajaan yang telah menyediakan suatu platform yang cemerlang di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.
“Salah satu sasaran strategi ini ialah mewujudkan Transformasi Komuniti di seluruh negara dengan mengubal strategi untuk melahirkan pemikiran kreatif dan gerak-kerja inovatif dalam usaha untuk membangunkan minda masyarakat kampung supaya lebih kompetitif dalam aspek keusahawanan,” ujar Dr Ahmad Nizar lagi.
Tambahnya, untuk menjadi  usahawan yang berjaya, usahawan kampung perlu mempunyai asas yang kukuh dalam kaedah pemasaran terutamanya atas talian serta sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang perkembangan teknologi dan kemahiran berkomunikasi supaya tidak ketinggalan dalam era globalisasi. 
“Justeru, program yang dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi diharap dapat membantu usahawan kecil dari kedua-dua kampung ini memperluaskan pasaran produk atau perkhidmatan mereka di atas talian dan seterusnya menambah pendapatan mereka,” kata Dr Ahmad Nizar. 
Dalam program tersebut, seramai 25 usahawan kecil dari Kampung Pangkalan Kuap dan Kampung Meranek menyertai peringkat pertama program yang merangkumi ceramah dan  perbincangan dalam kumpulan mengenai strategi pemasaran di atas talian. 
Peserta didedahkan dengan pengetahuan mengenai ciri-ciri dan kendiri usahawan berjaya, etika pemasaran atas talian dan usahawan atas talian oleh tiga penceramah jemputan  iaitu Puan Faridah Drahaman dari Majlis Amanah Rakyat (MARA), Encik Shahrizal Hashim dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) dan Prof Madya Dr Shahren Tun Ahamd Zaidi Adruce mewakili Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS). 
 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135117

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa