• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS terima kunjungan SM Chung Hua No1

on 30 April 2015.

 

SM Chung Hua5
KOTA SAMARAHAN, 29 April 2015 :  Seramai 220 orang pelajar dan guru pengiring dari Sekolah Menengah Chung Hua No1 telah melakukan lawartan ke UNIMAS baru-baru ini.
Jumlah tersebut merupakan kumpulan pelawat terdiri dari pelajar sekolah yang paling teramai diterima oleh pihak UNIMAS.
Manakala guru pengiring adalah seramai 18 orang diketuai oleh Pengetua sekolah, Encik Yap.
Rombongan pelajar itu bermula dengan melawat auditorium di Pusat Islam Tun Abang Sallahuddin (PITAS), diikuti dengan lawatan ke DeTAR PUTRA dan sekitar kawasan UNIMAS.
Taklimat mengenai keselamatan juga telah diberikan oleh Penolong Pendaftar Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat, Puan Aileen Anne ak Jinggong.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mededahkan para pelajar terhadap kehidupan seorang pelajar di sekitar kampus dan memberi pengalaman kepada mereka bagaimana rasa menjadi seorang pelajar universiti disini. 
Para pelajar juga melakukan aktiviti berkumpulan iaitu “Tele-Match” dengan sepuluh buah kumpulan dan antara aktiviti yang dilakukan ialah aktiviti berkaitan dengan semangat berpasukan dan juga persaingan terbaik. 
Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan A yang telah berjaya memenangi aktiviti semangat berpasukan manakala kumpulan G memenangi aktiviti persaingan terbaik.
 
 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135029

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa