• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar FSGK jayakan pementasan drama KOMSAS

on 30 April 2015.

 FSGK KOMSAS1

FSGK KOMSAS2

KOTA SAMARAHAN, 30 April 2015 : Tiga puluh enam orang pelajar dari Program Drama dan Teater, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS telah terlibat dalam menjayakan pementasan naskah KOMSAS bertajuk ‘Tiang Cengal Dinding Sayung, di Panggung Eksperimen, FSGK pagi tadi.

Menurut Pensyarah FSGK merangkap Pengarah Drama bagi pementasan berkenaan,  Dr Nur Afifah Vanitha binti Abdullah, tujuan pementasan naskah itu diadakan adalah untuk memberi gambaran jelas kepada pelajar sekolah menengah tentang perjalanan drama berkenaan.

“Pementasan turut mendapat kerjasama daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dan ia signifikan dengan usaha UNIMAS untuk membantu pelajar sekolah untuk memahami dan menjawab soalan dalam peperiksaan kelak,” katanya.

Dr Nur Afifah Vanitha berkata, pementasan naskah komsas itu akan diadakan di lima buah tempat dengan sebelum ini telah dipentaskan di Institut Perguruan Guru (IPG) Rajang, IPG Miri, Sekolah Menengah Kerajaan Limbang, FSGK UNIMAS dan lokasi terakhir di DBP Sarawak pada 14 Mei ini.

Jelas beliau, sebaik tamat pementasan di setiap lokasi, pihak penganjur akan mengadakan diskusi ilmiah bersama-sama dengan pelajar sekolah untuk lebih mendalami bentuk dan isi drama berkenaan.

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3112132

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa