• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Dato’ Sri Rohani puji pelajar UNIMAS

on 30 April 2015.

ROHANI

Rohani1

KOTA SAMARAHAN, 30 April 2015 : Kempen keseimbangan hidup bekerja anjuran pelajar tahun tiga  Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIMAS dilihat sebagai langkah terbaik untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dan berkualiti tinggi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Rohani Haji Abdul Karim berkata kempen ini akan mendedahkan pelajar kepada cara-cara pengurusan majlis, mempupuk semangat kerjasama serta menambah pengetahuan dari semasa ke semasa.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua kerana telah berjaya menganjurkan kempen seperti ini yang sememangnya menjadi agenda bagi negara-negara maju menyeimbangkan tanggungjawab kerjaya dengan kehidupan bekeluarga dan hubungan sosial individu dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian kempen keseimbangan hidup bekerja di Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIMAS, pagi tadi.

Dato’ Sri Rohani memberitahu dari kajian Indeks Tenaga Kerja Global Kelly (KGWI) yang melibatkan 230,000 responden dari 31 buah negara mendapati pekerja di negara ini lebih mengutamakan keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya berbanding mendapat gaji yang lebih tinggi atau kemajuan kerjaya.

Jelas beliau, kajian yang sama mendapati 54 peratus pekerja di Malaysia lebih berminat dibayar gaji yang tinggi dengan jadual kerja yang lebih fleksibel berbanding 45 peratus di Singapura dan 38 peratus di China.

Di kementerian beliau sendiri, katanya, beberapa langkah telah diambil untuk menepati senario semasa pekerja terutama wanita masa kini antara pilihan sama ada untuk bekerja pada waktu fleksibel atau  bekerja di rumah satu hari setiap satu minggu.

Beliau menambah, langkah tersebut diambil sebagai perintis untuk menyediakan persekitaran keseimbangan hidup bekerja kepada pegawai, meningkatkan kaedah penguruan tekanan, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan tugas dan sebagainya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim berkata antara aktiviti yang diadakan sepanjang kempen berlangsung seperti ceramah khas dari agensi kerajaan, derma darah, pemeriksaan kesihatan, pembentang poster, movie chamber dan banyak lagi.

Beliau berkata, kempen yang bertemakan ‘Work Hard, Play Hard’ ini bukan sahaja bermanfaat kepada pelajar tetapi juga masyarakat luar yang berpeluang untuk berinteraksi dengan warga UNIMAS serta melihat sendiri kehidupan pelajar di universiti ini.

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134990

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa