• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Timba Pengalaman: Enam kakitangan Univesitas Negeri Yogyakarta ke UNIMAS

on 11 May 2015.

 

yogjakarta

Sudarman Kromoinanon

Sudarman Kromoinanon

Nur Wahyu Kurniasari

Nur Wahyu Kurniasari

KOTA SAMARAHAN, 11 Mei 2015 :  Enam kakitangan bukan akademik dari Universitas Negeri Yogyakarta terpilih untuk penempatan kerja selama seminggu bermula hari ini di UNIMAS.

Mereka terdiri daripada Arif Nurhadi, Nur Wahyu Kurniasari, Eko Prasetyo Nugroho, Arni Wahyu Budi, Sudarman Kromoinanon dan Lanang Prasaja. 

Menurut Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa UNIMAS, Dr.Soubakeavathi Rethinasamy, program penempatan staf bukan akademik ini adalah satu program staf mobiliti dan ini merupakan julung kali dibuat bersama-sama dengan Universitas Yogyakarta.

Beliau berkata, beberapa bahagian dan fakulti di UNIMAS seperti di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengajian Prasiswazah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Fakulti Kejuruteraan dan Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa terpilih untuk dijadikan lokasi penempatan.

“Mereka akan berpindah lokasi penempatan kerja dari semasa ke semasa selama seminggu dari hari ini sehingga 17 Mei ini.

“Tiga kakitangan Universtas Yogyakarta ini merupakan staf pentadbiran, dua kewangan dan seorang lagi adalah staf kejuruteraan sivil, ”katanya lagi.

Salah seorang kakitangan Universitas Negeri Yogyakarta, Encik Sudarman Kromoinanon berkata, beliau amat teruja kerana terpilih ke UNIMAS lebih-lebih lagi di tempatkan di Fakulti Kejuruteraan. 

Beliau berkata, penempatan ke UNIMAS membuka peluang kepada beliau untuk mempelajari ilmu dan pengalaman yang baharu terutama berkaitan skop kerja beliau di dalam bidang juruteknik di Universitas Negeri Yogyakarta.

“Dengan program ini, ilmu yang diperolehi akan dikongsi kepada kawan-kawan lain di tempat kerja saya nanti,”katanya lagi.
Sementara, Nur Wahyu Kurniasari turut gembira kerana dipilih sebagai salah seorang peserta program itu ke UNIMAS.

“Saya tidak menyangka akan terpilih untuk ke program ini tetapi saya bersyukur, menghargai dan yakin ini adalah peluang untuk saya  meningkatkan pengetahuan dan pengalaman.”Katanya.

Beliau turut berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang di antara dua universiti ini.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy. M.A.T  

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3137739

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa