• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar UNIMAS wakil Malaysia ke International BioCamp, Basel, Switzerland

on 12 May 2015.

bio

Ketua Kluster Pusat Kecemerlangan Industri (Penjagaan Kesihatan) ICoE Kementerian Pendidikan Malaysia, IR Assoc. Prof. Mohabattul Zaman Bukhari (kiri) menyampaikan contoh tiket penerbangan ke International BioCamp di Basel, Switzerland kepada pemenang, Cik Nurul Aqilah Aqiludeen daripada Universiti Malaysia Sarawak.

 

KOTA SAMARAHAN, 12 Mei 2015 : Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) dengan kerjasama Novartis Malaysia dan Kementerian Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Kluster Penjagaan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah  menjayakan The Malaysia BioCamp 2015 yang buat julung-julung kalinya diadakan di negara ini. 
 
Graduan dan pelajar pasca-siswazah cemerlang dari seluruh Malaysia dalam bidang sains hayat dan perniagaan telah dipilih melalui sesi BioCamp pitching yang diadakan di Kuala Lumpur, Perlis, Pahang, Sabah dan Sarawak. 
 
Tiga pelajar iaitu Mohamad Shamil Faris (FSTS), Nurul Aqilah Aqiludeen (FPSK) dan Pui Chai Fung (FSTS) telah dipilih untuk mewakili Universiti Malaysia Sarawak untuk Malaysia BioCamp yang diadakan di ibu pejabat BiotechCorp dari 5-6 Mei 2015 di Kuala Lumpur.
 
Tujuan Malaysia BioCamp 2015 dijalankan adalah untuk mengenal pasti 2 intelektual muda yang cemerlang dalam penyelidikan berkaitan bioteknologi untuk menyertai pelajar terpilih daripada universiti- universiti terkemuka dari seluruh dunia di International BioCamp 2015 yang akan diadakan di ibu pejabat Novartis di Basel, Switzerland pada 23- 26 Ogos 2015. 
 
Program ini menawarkan peluang kepada peserta untuk berinteraksi dengan saintis-saintis Novartis selain menerima pendedahan tentang inovasi ubat-ubatan dan memahami cara untuk menguruskan syarikat bioteknologi. 
 
Pelajar terpilih juga berpeluang untuk berinteraksi dengan rangkaian pelajar yang berbakat dari pelbagai negara lain termasuk Jerman, China, Jepun dan Korea.
 
Antara barisan penceramah yang dijemput ke program Malaysia Biocamp 2015 ialah YBhg Prof Emeritus Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid, Penasihat Sains kepada Perdana Menteri dan Pengerusi BiotechCorp, YBhg Dato' Dr Mohd Nazlee Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Prof Dr Abdul Hamid Adom, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi Universiti Malaysia Perlis, Michaela Dinboeck, Presiden dan Pengarah Urusan Novartis Malaysia dan Razwin Sulairee Hasnan Temizi, Ketua Pegawai Operasi, BiotechCorp.
 
Tumpuan ceramah adalah untuk memberi inspirasi kepada para saintis muda dan memberi pandangan jelas mengenai inovasi dalam ubat-ubatan, cabaran dalam sektor bioteknologi dan juga cara untuk membangun dan melancarkan produk farmaseutikal di Malaysia dan secara global. 
 
Pemenang dinilai berdasarkan kecemerlangan akademik, pengalaman professional dan penglibatan dalam kumpulan kes-kajian. Sepanjang acara dua hari berkenaan, Nurul Aqilah Aqiludeen dari Universiti Malaysia Sarawak dan Kwong Soke Chee dari Universiti Malaya muncul sebagai dua pemenang yang akan mewakili Malaysia ke International BioCamp di Basel, Switzerland pada 23-26 Ogos 2015.
 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3132390

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa