• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Bengkel Jaminan Kualiti dan Pensijilan Halal oleh Kumpulan Projek UCTC UNIMAS U-Desa

on 18 May 2015.

PROFF LAUU

pROF LAU

 

KOTA SAMARAHAN, 18 Mei 2015 : UNIMAS Kumpulan Projek U-Desa telah menganjurkan Bengkel Jaminan Kualiti dan Pensijilan Halal bertempat di Dewan Masyarakat, Kampung Stunggang Melayu, Lundu, Sarawak, baru-baru ini.
 
Bengkel tersebut merupakan bersama JKKK Kampung Stunggang Melayu Lundu dan penceramah jemputan adalah Dr Magdeline Andrew Munot dari Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS dan Hajjah Asmawaty @ Siti Asmah binti Haji Ahmad dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).
 
Seramai 22 orang peserta telah menghadiri bengkel itu yang mana antara topik yang dibentangkan berkenaan dengan konsep jaminan kualiti, jaminan kualiti dalam Industri makanan, audit kualiti serta topik mengenai pensijilan halal.
 
Projek U-Desa yang bertemakan “Memperkasa Usahawan Desa Kapung Stunggang Melayu Lundu” merupakan Kumpulan Projek Komuniti UCTC UNIMAS yang diterajui oleh pakar-pakar universiti dalam pelbagai bidang seperti Sains & Teknologi, Seni & Rekabentuk dan sebagainya dalam mentransformasikan masyarakat khasnya usahawan di Kampung Stunggang Melayu Lundu, Sarawak. 
 
Projek U-Desa ini diketuai oleh Prof Dr Lau Seng dan dianggotai oleh beberapa orang pensyarah kanan serta dibantu oleh beberapa orang pegawai pelaksana UNIMAS.
 
Peserta bengkel juga telah dibawa melawat ke salah satu kawasan perusahaan di kampung tersebut sebagai satu aktiviti bengkel bagi meninjau bagaimana konsep audit kualiti dan halal boleh diaplikasikan oleh peserta bengkel tersebut. Program bengkel telah diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta bengkel. 
 
Program sebegini diharapkan dapat membantu mentransformasikan komuniti dan selari dengan matlamat kerajaan dalam meningkatkan produktiviti serta pendapatan rakyat.
 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3132368

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa