• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Taklimat Perkembangan Isu Islamic State (IS) di Malaysia

on 20 May 2015.

IS

Kota Samarahan, 20 Mei : Ceramah dan taklimat mengenai perkembangan dan ancaman Militan Islamic State (IS) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diadakan di Dewan Seminar, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS 15 Mei yang lalu.

Ceramah dan taklimat telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Turut hadir ialah Naib Canselor UNIMAS, YBhg Prof Dato’ Dr Mohd Kadim Suaidi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, pegawai-pegawai utama UNIMAS, serta staf dan mahasiswa UNIMAS.

Sepanjang ceramah dan taklimat ini diadakan, warga UNIMAS telah menunjukan reaksi yang positif tentang ancaman, motif dan implikasi yang buruk terhadap keselamatan Negara dari menyertai, melindungi dan menyokong ideologi Militan IS.

 Ceramah dan taklimat telah mengambil masa lebih kurang 2 jam dan program seperti ini seharusnya dijalankan dari masa ke semasa bagi mengelak dan memastikan setiap staf dan mahasiswa UNIMAS tidak terjebak atau terkeliru mengenai Militan IS.

Taklimat ini juga telah memberi penerangan dengan lebih jelas mengenai kegiatan IS. Oleh yang demikian, dengan penerangan ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu yang berguna kepada warga UNIMAS.

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111902

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa