• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Penjanjian bersejarah UNIMAS-University of Limoges di Kementerian Luar Negeri dan Pembangunan Antarabangsa Perancis

on 22 May 2015.

paris2

paris1

Paris, 22 Mei 2015 – Universiti Malaysia Sarawak mengukir satu lagi catatan sejarah pada 20 Mei yang lepas dengan menandatangani perjanjian persefahaman dengan University of Limoges di Kementerian Luar Negeri dan Pembangunan Antarabangsa Perancis.

Ini adalah kali pertama universiti awam Malaysia diberi penghormatan untuk mengikat perjanjian persefahaman di kementerian luar negara ini.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi, dan Limoges University telah diwakili oleh Alain Célérier, Timbalan Presiden University of Limoges, Perancis.

 Perjanjian ini telah disaksikan oleh Prof Dato’ Dr Asma Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Ketua Pengarah Kebudayaan, Penyelidikan dan Kerjasama Universiti, Kementerian Luar Negeri dan Pembangunan Antarabangsa Perancis, Puan Anne Grillo.

UNIMAS dan Limoges University telah mula menjalin kolaborasi sejak tahun 2013, di bawah sebuah perjanjian bersama untuk menyelia seorang pelajar jurusan kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan, iaitu Dayang Salyani bt Abang Mahmod. Tajuk penyelidikan pelajar tersebut adalah “Ceramic Electrodes for Low Temperature Solid Oxide Fuel Cells” dan beliau diselia bersama oleh dua orang profesor dari Limoges dan dua pensyarah dari UNIMAS.

Perjanjian yang dimenterai kali ini akan mempertingkatkan usahasama kedua-dua universiti dalam bidang-bidang tujahan terpilih. Ahli akademik dari Limoges merancang untuk melawat UNIMAS pada akhir tahun ini untuk meninjau sendiri aspek-aspek pendidikan dan penyelidikan yang berpotensi untuk diperkembangkan untuk kemajuan ilmu sejagat.

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3129013

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa