• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Lebih 500 pelajar hadiri ceramah karier

on 27 May 2015.

BPPS1

bbb

 

KOTA SAMARAHAN, 27 Mei 2015 : Lebih 500 orang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menghadiri ceramah kerjaya anjuran  Jabatan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan, Pusat Pembangunan Pelajar (PPP), baru-baru ini.
Penceramah bagi sesi tersebut dari wakil syarikat Schlumberger, Pengurus Pengambilan bagi negara Brunei, Malaysia dan Filipina  Schlumberger, Encik Lokman Hakimi Jusoh, Pengurus Pengambilan dan Perkembangan Bakat, Puan Adrina Tengku Hamzah dan Alumni UNIMAS, Cik Ling Su Ann.
Schlumberger adalah  syarikat pembekal terkemuka dalam  dunia teknologi, pengurusan projek bersepadu dan penyelesaian maklumat kepada pelanggan yang bekerja dalam industri minyak dan gas di seluruh dunia. 
Jumlah pekerja di syarikat tersebut mencecah seramai 115,000 orang di lebih 140  buah negara dan merupakan syarikat penyediaan rangkaian terluas bagi produk dan perkhidmatan dari penerokaan melalui pengeluaran. 
Schlumberger yang mempunyai portfolio kewangan melebihi US100 bilion telah memilih UNIMAS sebagai destinasi pilihan selain Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Objektif ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai realiti dan cabaran dunia pekerjaan di dalam industri tersebut sekaligus menerangkan tentang ‘internship’ dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Turut diadakan ialah sesi temuduga di mana lebih 60 orang pelajar UNIMAS telah menyertainya.
 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3138085

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa