• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar baharu Asasi Sains jalani majlis angkat ikrar

on 05 June 2015.

 

PraU 60 20150605 IMG 1422

KOTA SAMARAHAN, 5 Jun 2015 : Seramai 916 orang pelajar baharu bagi program Asasi Sains telah mengangkat ikrar sebagai pelajar UNIMAS dalam majlis kemuncak Minggu Aluan Pelajar (MAP) hari ini.

Barisan pelajar UNIMAS ini merupakan antara mereka yang terpilih untuk mengikuti program Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Fizikal dan juga generasi keenam sejak kedua-dua program berkenaan diperkenalkan pada tahun 2010. 

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapannya menasihati para pelajar baharu supaya mengambil peluang  untuk menimba ilmu pengetahuan sebaik mungkin semasa menuntut di universiti ini.

Beliau berkata, sikap negatif seperti malas dan sambil lewa harus dibuang kerana tanggungjawab sebagai pelajar adalah besar dan menjadi harapan kepada kesinambungan kemajuan dan pembangunan negara dan masyarakat.

“Tingkah laku dan amalan negatif  tidak sesuai dengan negara dan dunia yang berubah secara mendadak. Saya ingin mengingatkan yang saudara dan saudari adalah harapan baru UNIMAS yang mengorak langkah perubahan melalui sistem penyampaian ilmu yang bersifat holistik kepimpinan yang serba boleh serta agen perubahan dan transformasi negara berpaksikan modal ekonomi dipacu pengetahuan,”katanya lagi.

Beliau berkata, sikap positif yang disarankan adalah bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 untuk melahirkan pelajar yang berbakat dengan dipacu oleh nilai dalam ekonomi dan pengetahuan.

Selain itu, Naib Canselor berkata, pendedahan awal melalui Minggu Aluan Pelajar (MAP) kepada pelajar baharu UNIMAS, memberikan peluang kepada para pelajar ini untuk menilai diri sendiri tentang budaya, cara bekerja dan komunikasi dahulu supaya dapat dibentuk menepati nilai modal insan pelajar UNIMAS. 

Beliau berkata. cabaran dan konflik dari segi kehidupan dan pembelajaran patut ditangani dengan persediaan emosi beserta komitmen yang utuh supaya pelajar-pelajar ini dapat memanfaatkan ilmu dalam zaman yang sentiasa berubah. 

“Sebagai rakyat negara berbilang kaum, pelajar-pelajar digesa menggunakan peluang ini untuk menjalinkan ikatan silaturahim dan mengenali pelajar lain yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya, ideologi, politik, kedudukan ekonomi, taraf sosial dan negeri yang berlainan. 

Beliau berkata, dengan kepelbagaian latar belakang, pelajar-pelajar pasti seronok berinteraksi, menghargai ilmu serta pengalaman hidup antara satu sama lain dan seterusnya dapat menjayakan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa