• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jana pendapatan menerusi karya dan produk terkini

on 08 June 2015.

 

CIPTA2015

KOTA SAMARAHAN, 8 Jun 2015 – Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) yang merupakan acara tahunan pelajar tahun akhir di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS telah bermula hari ini.

CIPTA yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Hajah Fatimah Abdullah.

Objektif CIPTA adalah untuk mengetengahkan hasil karya, ciptaa, rekaan dan penyelidikan pelajar yang bersifat kreatif dan inovatif dengan pengaplikasian teknologi terkini kepada peminat seni, masyarakat dan industri.

Dalam ucapan, Datuk Hajah Fatimah menasihati pelajar supaya mengetengahkan karya dan produk yang kreatif dan berinovasi yang boleh dipasarkan sekaligus menjana pendapatan mereka.

Beliau berkata, karya dan produk yang dicipta bukan sahaja menjana pendapatan sebaliknya mempelbagaikan jenis karya di pasaran dan menjadi penyumbang kepada kehidupan yang  lebih berkualiti kepada masyarakat.

“ Anggaplah karya anda itu sesuatu yang akan memberi manfaat di dalam kehidupan masyarakat. Ambillah peluang yang ada semasa menuntut di sini untuk memperbanyakkan pengetahuan dan mencipta karya yang bermutu di masa hadapan,” katanya lagi.

Beliau yakin pelajar UNIMAS yang telah dididik oleh tenaga pengajar yang berkebolehan di universiti ini dapat mengetengahkan sesuatu yang baharu seperti lazim yang dilakukan oleh UNIMAS sebelum ini.

Manakala Naib Canselor UNIMAS, Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata pelaksanaan CIPTA telah menjadi bukti kepada kekuatan dan ketekunan UNIMAS dalam meneruskan keterbukaan dalam menjadikan bidang seni dan budaya kukuh dari semasa ke semasa.

Katanya, CIPTA menjadi platform kepada pelajar tahun akhir untuk mengetengahkan hasil karya, ciptaan, rekaan dan penyelidikan yang telah mereka usahakan selama ini.

“ Ia seperti satu identiti dan sinonim dengan FSGK yakni Antara fakulti yang proaktif dan kreatif dalam mengetengah hasil karya dan produksi inovatif,” katanya lagi.

Sementara itu, seramai 742 orang pelajar tahun akhir di FSGK telah menghasilkan pelbagai jenis karya yang keatif dan inovatif daripada pelbagai sumber inspirasi dalam projek mereka.

Tema CIPTA tahun ini bertajuk ‘Inspirasi’ dipilih atas perkaitan rapat akademia dan industry kreatif, sejajar dengan Dasar Industri Kreatif Negara untuk menyemarakkan perkembangan industry kreatif dengan lebih mantap dan berdaya saing.

Karya dan hasil produk pelajar tahun akhir ini dipamerkan dalam pelbagai medium termasuk kandungan digital, arca, seni catan, seni persembahan muzik, produk kreatif, filem pendek, dokumentari, senireka grafik, senireka perindustrian, seramik, fotografi, tekstil dan fesyen serta lain-lain.

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3130431

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa