• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ngabang Gawai UNIMAS melestarikan adat dan budaya tempatan

on 10 June 2015.

gawai

Kumang & Keling UNIMAS 2015

Kota Samarahan, 10 Jun 2015: Sambutan Ngabang Gawai UNIMAS kali yang kedua telah berlangsung meriah dengan sembilan belas ruai dibuka untuk tetamu yang hadir di Dewan Bankuet, DeTAR PUTRA hari ini.

Antara aktiviti lain yang turut memeriahkan suasana sambutan Ngabang Gawai UNIMAS kali ini ialah pertandingan Ngetas Ranyai II dan pertandingan Kumang dan Keling UNIMAS 2015.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan perasmiannya berkata, penganjuran majlis seperti itu sebagai landasan untuk merapatkan hubungan silaturahim dan integrasi nasional di antara kaum khususnya di kalangan warga UNIMAS. 

Beliau berkata, perayaan Gawai Dayak merupakan perayaan tradisi kaum Dayak di Kepulauan Borneo dan simbolkinya ia memperlihatkan perpaduan, aspirasi dan harapan kaum Dayak seperti Iban,. Bidayuh, Orang Ulu, Murut, Lun Bawang, Kenyah, Kelabit, Kayan dan Penan. 


Katanya, perayaan ini juga disambut sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Petara (Tuhan) pada setiap kali selepas musim menuai dan sebelum memulakan penanaman untuk musim seterusnya.

“Majlis sambutan Gawai Dayak UNIMAS ini merupakan keistimewaan negara kita terutama di Sarawak yang mempunyai penduduk berbilang kaum, agama dan bangsa. Perasaan seronok dan rasa muhubah yang terjalin adalah sukar untuk dirasai oleh kebanyakan penduduk di negara lain,”katanya lagi.

Justeru, kata beliau, keunikan, sikap tolerasi dan hormat-menghormati yang ada pada masa sekarang, harus dipertahankan demi kesejahteraan hidup masyarakat masa kini dan akan datang.

Sementara itu, antara objektif  program ini dilakukan adalah untuk memberi peluang kepada warga universiti terutama dari Semenanjung Malaysia dan luar negara, untuk merasai sendiri pengalaman menyambut hari Gawai di sini.

Majlis ini turut dihadiri oleh seluruh warga UNIMAS termasuk Ahli Lembaga Pengarah Universiti.

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa