• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Yang Kesepuluh: UNIMAS Kini mempunyai Polis Bantuan

on 17 June 2015.

polis

KOTA SAMARAHAN, 16 Jun 2015 : Universiti Malaysia Sarawak menjadi universiti awam ke-sepuluh yang mempunyai Polis Bantuan di negara ini, kata Pengarah Jabatan Pencegah Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, kejayaan itu membuktikan hasrat kerajaan untuk menarik minat pelbagai pihak samada agensi kerajaan atau swasta untu bersama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan bukan sahaja kepada organisasi masing-masing tetapi juga masyarakat secara keseluruhan.

“ Ini membuktikan pencegahan jenayah tidak sahaja terletak di bahu PDRM sahaja dan kesedaran ini dibuktikan dengan permohonan untuk menubuhkan Polis Bantuan dari pelbagai sektor samada awam atau swasta yang kini mencecah 204 agensi di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Polis Bantuan UNIMAS, BLD Plantation Bhd dan Coramax Sdn Bhd, bertempat di Rumah Universiti UNIMAS, pagi tadi.

Jelas beliau, adalah menjadi harapan PDRM supaya lebih banyak lagi sektor awam dan swasta berganding bahu dalam membanteras jenayah bagi memastikan kehidupan rakyat dalam keadaan aman dan harmoni.

“ Oleh itu, saya merasakan penubuhan Polis Bantuan di UNIMAS, BLD dan Coromox adalah bertepatan dengan saranan PDRM,” katanya.

CP Dato Acryl Sani turut meminta supaya ketiga-tiga pihak ini melengkapkan Polis Bantuan mereka dengan kelengkapan teknologi terkini seperti CCTV, alat perhubungan serta sistem amaran kecemasan bagi membantu, memantau kawasan-kawan strategik yang sukar diakses.

Beliau berkata, perkara lain yang boleh dititik berat adalah seperti peluang kenaikan pangkat dan insentif-insentif lain sebagai galakan.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, ACP/KS Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan berharap Polis Bantuan UNIMAS untuk bersama-sama aktif menaikkan nama universiti di mata masyarakat dengan mengukuhkan pemikiran kepada perubahan-perubahan yang akan berlaku dengan disiplin diri yang tinggi.

“ Saya menasihati para anggota di Bahagian Keselamatan supaya terus mengawal emosi semasa bekerja, mematuhi dan melaksanakan kehendak universiti serta bertindak mengikut prinsip undang-undang sedia ada,” katanya lagi.

Beliau berkata, UNIMAS akan terus memantapkan aktiviti keselamatan yang mantap, efisyen dan berjadual dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran selamat kepada semua warga universiti ini.

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3129466

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa