• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Dua buah sekolah berkolaborasi lawat UNIMAS

on 18 June 2015.

SK SAMBIR LAWATAN 1

SK SAMBIR LAWATAN2

Kota Samarahan, 18 Jun 2015 : Dua buah sekolah berkolaborasi iaitu SK Sambir dan SK Sg.Bulu, Senangeh untuk melawat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) baru-baru ini.
Lawatan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sambir dengan melibatkan 27 orang murid dan 27 ibu bapa termasuk guru pengiring bermula dari Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS dan diteruskan ke Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) UNIMAS.
Di PITAS, rombongan berkenaan telah diberi ceramah motivasi oleh Puan Saptuyah Haji Ibrahim mengenai hal-hal berkaitan sokongan ibubapa kepada anak-anak terutama semasa musim peperiksaan di sekolah pembentukan sahsiah diri terutama dalam disiplin diri seperti hormat kepada orang tua, menghargai masa dengan bijak dan sebagainya.
Manakala semasa di PKMA, rombongan tersebut telah diberi penerangan tentang situasi sebagai seorang penuntut di menara gading dan melihat keadaan setempat di PKMA sebagai memberi semangat kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi kelak.
Menurut Penolong Kanan Kurikulum SK Sambir,Cikgu Hamali Lazem, lawatan tersebut bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang program dan kursus yang ditawarkan di UNIMAS selain melihat sendiri dengan dekat kemudahan dan kawasan universiti ini.
Selain itu, ia juga sebagai usaha pihak sekolah untuk memastikan pelajar mereka menempatkan diri di sebuah universiti yang bersesuaian dan tepat dengan kelayakan pendidikan dan masa depan mereka.
“Program ini merupakan satu kaedah pihak sekolah membantu murid-murid sekolah untuk kuat berusaha dan meningkatkan ilmu pengetahuan. UNIMAS dipilih sebagai destinasi program motivasi kerana UNIMAS memiliki kepakaran dan kemudahan yang terbaik,” katanya.
Turut hadir mengikuti rombongan dan mendengar penerangan dari wakil UNIMAS ialah Guru Besar SK Senangeh iaitu Cikgu Mohd Mokhtar dan Naib Yang diPertua PIBG SK Sambir Encik Khaimi Dan.
 
 
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa