• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

HEPA agih satu ribu bungkus bubur lambuk

on 02 July 2015.

bubur

Kota Samarahan, 2 Julai : Lebih satu ribu bungkus bubur lambuk telah diagih-agihkan kepada warga UNIMAS oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UNIMAS, hari ini.

Pengagihan bubur lambuk itu bersempena dengan program Bubur This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  2015 yang diadakan di laman Nona, bangunan HEPA dan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA) UNIMAS, Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Dalam ucapan, Profesor Mohd Fadzil menekankan betapa pentingnya semangat kerjasama di kalangan warga UNIMAS dalam usaha mengangkat nama universiti di peringkat lebih tinggi lagi.

Beliau berkata, kerjasama erat dikalangan warga HEPA sebagai contoh, telah menyumbang kepada beberapa kejayaan HEPA antaranya mendapat anugerah Naib Johan Ruai Terbaik pada Sambutan Gawai UNIMAS yang lalu serta tempat ke-3 bagi Pertandingan Ngajat Ngetas Ranyai.

Selain itu, katanya, Pasukan Debat Bahasa Inggeris UNIMAS telah mendapat tempat ke-3 pada Pertandingan Debat DiRaja 2015 yang lalu sekaligus tersenarai di dalam 20 pasukan debat terbauk Bahasa Inggeris Peringkat Asia.

“Kita juga berbangga kerana Kumpulan Tari BAYU UNIMAS telah berjaya merangkul Johan dalam dua pertandingan iaitu PERTANSSS 2015 dan FESCO 2015,” sambungnya lagi.

Timbalan Naib Canselor berkata, selain itu, kejayaan HEPA terserlah apabila beberapa orang pelajar UNIMAS terpilih mengikuti program sukarelawan ke luar negara di bawah Yayasan Sukarelawan Siswa iaitu satu orang pelajar mengikuti program di Laos dan empat orang lagi pelajar akan dihantar ke Vietnam pada bulan Syawal.

Katanya semangat kerjasama begini mendorong kepada kejayaan demi kejayaan selain merapatkan hubungan baik dan menerapkan semangat kekitaan mesikpun berlainan agama dan kaum.

Sementara itu, aktiviti memasak bubur lambuk telah bermula sejak jam 8 pagi lagi oleh kakitangan HEPA dan dibantu oleh pelajar UNIMAS.

Program tersebut yang merupakan acara tahunan HEPA turut menganjurkan pertandingan karaoke lagu raya ambang aidiltfitri sebagai acara sampingan untuk memeriahkan suasana program yang berlangsung selama satu hari itu.

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3112133

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa