• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Lima ratus bubur lambuk diagihkan

on 08 July 2015.

BUBUR PENGURUS1

buburpengurus2

 

Kota Samarahan, 8 Julai 2015 :  Lima ratus bungkus bubur lambuk telah diagih-agihkan kepada kakitangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kelmarin.
Majlis pengagihan bubur lambuk kelmarin merupakan anjuran Persatuan Pengurus UNIMAS dan telah diagihkan oleh Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi di hadapan pintu keluar UNIMAS selepas habis waktu bekerja.
Naib Canselor semasa ditemui memberitahu amalan bersedekah seperti pengagihan bubur lambuk adalah digalakkan terutama semasa bulan Ramadan.
Beliau berkata, program seperti itu juga dapat mengeratkan silaturahim selain mewujudkan semangat tolong-menolong di kalangan warga universiti.
“ Penyediaan bubur lambuk memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Oleh itu, saya berpendapat, selain kita boleh bersedekah, program sebegini juga membantu mewujudkan semangat setia kawan dan kerjasama di kalangan semua,” katanya.
Semasa menyampaikan bubur lambuk kepada kakitangan UNIMAS yang hendak pulang ke rumah masing-masing, Naib Canselor turut memberi pesanan supaya sentiasa berhati-hati memandu terutama semasa pulang ke kampung halaman bagi meraikan hari raya nanti.
Artikel oleh : Norsamsiah Kassim
(Pelajar Praktikal Kajian Komunikasi (FSS) UNIMAS)
 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3087895

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa