• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Rai hari raya di kampus demi pelajaran

on 16 July 2015.

2-1

1-1

3-1

 

KOTA SAMARAHAN, 16 Julai 2015 :  Menjelang hari lembaran yang bakal tiba tidak lama lagi, pastinya mengamit seribu kesedihan kepada pelajar universiti yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari raya bersama keluarga tersayang.
Ini yang dirasai oleh tiga pelajar Fakulti Sains Sosial (FSS) yang terpaksa akur dengan tuntutan pelajaran dan meraikan hari raya di kampus universiti.
Nur’Shihah Idris berkata ini merupakan kali pertama beliau tidak pulang ke kampung halaman di Muar, Johor, untuk meraikan hari raya bersama keluarga tercinta.
“Selama tiga tahun belajar di UNIMAS, ini adalah kali pertama saya tidak pulang beraya. Keluarga sering bertanya mengenai perkara ini dan syukur mereka memahami perasaan saya.
“ Selalunya, saya membantu emak dan kakak membuat biskut untuk persiapan raya tetapi kali ini, atas alasan tugasan subjek yang ada, saya terpaksa cekal hati untuk tidak bersama-sama mereka semasa hari raya,” katanya.
Manakala rakannya, Sitti Rubinah Kintarasa turut sedih kerana tidak dapat pulang berhari raya bersama keluarga namun beranggapan demi masa hadapan, ianya adalah berbaloi untuk berbuat demikian.
“ Keluarga memahami perkara ini dan saya bersyukur kerana ada rakan lain, yang juga menyambut hari raya di kampus bersama-sama saya,” katanya yang berasal dari Sabah.
Sementara Muhammad Hafizul Md Nasir yang berasal dari Kelantan teruja untuk merasai pengalaman berhari raya di tempat orang.
Beliau berkata, kenaikan harga tiket kapal terbang lebih-lebih lagi pada musim perayaan, antara sebab beliau terpaksa melupakan hasrat untuk berhari raya bersama-sama keluarga.
Namun begitu, katanya, rakan-rakan dari Sarawak yang prihatin dengan keadaan beliau telah mengajak beliau untuk bersama-sama meraikan hari raya bersama keluarga mereka.
 
 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3129466

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa