• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Sambutan Aidilfitri UNIMAS meriah

on 29 July 2015.

 

raya 274 20150729 IMG 4181

raya 102 20150729 IMG 4005

raya 151 20150729 IMG 4054

raya 156 20150729 IMG 4059

raya 184 20150729 IMG 4087

raya 332 20150729 IMG 4239

KOTA SAMARAHAN, 29 Julai 2015 : Sambutan Aidilfitri UNIMAS disambut meriah hari ini dengan lima belas buah kediaman dibuka berkonsepkan lima benua kepada tetamu yang datang berkunjung bertempat di Dewan Bankuet DeTAR PUTRA, hari ini.

Hadir sebagai tetamu kehormat pada sambutan Aidilfitri UNIMAS tahun ini ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’Sri Raghad Kurdi Taib selain beberapa tetamu kehormat yang lain.

Konsep lima benua melibatkan negara Asia dan Australia, negara Amerika Utara dan Amerika Selatan, negara Eropah, negara Timur Tengah dan negara Afrika dengan tema ‘Aidilfitri di Perantauan’.

Naib Canselor, Profesor Dato’Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan ringkasnya berkata majlis hari ini merupakan acara tahunan universiti yang diadakan untuk sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun.

Katanya, bertemakan “Aidilfitri di Perantauan”, sambutan Aidilfitri tahun ini memberi peluang kepada tetamu untuk merasai pelbagai juadah serta hidangan antarabangsa. 

“Saya berharap dalam kemeriahan sambutan pada pagi ini, semua warga universiti mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturrahim tanpa mengira pangkat dan jawatan agar semangat kekeluargaan dan perpaduan keluarga UNIMAS sentiasa terpelihara. 

“Ini bukan sahaja kita rasai dalam universiti kita, bahkan ia adalah selari dengan keharmonian negeri Sarawak yang kita nikmati selama ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama,”katanya lagi.

Naib Canselor turut menasihati semua supaya bersyukur dengan nikmat yang ada serta menginsafi tentang diri yang serba lemah dan kekurangan  

Katanya, disebalik kegembiraan, masih ada pihak yang malang kerana tidak bersama-sama dengan sanak-saudara yang dikasihi dan ada yang tidak bernasib baik kerana kurang kemampuan. 

“Raikan hari kemenangan ini dengan penuh rasa syukur dan janganlah kita terlalu leka sehingga terlupa kepada yang memerlukan.  Doakanlah kesejahteraan mereka atau bantulah dengan kudrat yang termampu tidak kira dalam bentuk fizikal dan moral,”katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis sambutan Aidilfitri hari ini ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak  merangkap Pro Canselor UNIMAS,  Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS serta isteri, Datu Dr Hatta Solhi dan Datin Mariam Dawood.

VIDEO Sambutan Aidilfitri UNIMAS 2015 di sini

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141395

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa