• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS peranan utama dalam penyelidikan di Sarawak

on 05 August 2015.

cita15b

CITA 15a

KOTA SAMARAHAN, 4 Ogos 2015 : Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) merangkap Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh berkata Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memainkan peranan utama di dalam pembangunan sumber manusia terutama dalam bidang penyelidikan sebagai contoh penyelidikan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan terus menjalin kerjasama dengan universiti ini untuk membangunkan pengetahuan dan kemahiran baru menerusi ICT.
“ Saya amat berbangga untuk mengumumkan salah satu projek saluran adalah memperkenalkan inkubator teknologi untuk mencipta syarikat bertaraf dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Teknologi Maklumat di Asia 2015 (CITA) Kali ke-9 yang diadakan selama dua hari bermula hari ini. 
Menyentuh mengenai CITA, Datu Len berkata, tema  “Transforming Big Data Into Knowledge” adalah bertepatan dengan perkembangan pesat ICT masa kini terutama dalam aktiviti harian dan menjadi bukti bahawa Sarawak menjadi lokasi tarikan para pemikir dunia di dalam industri teknologi maklumat. 
Beliau menambah, persidangan CITA terus menjadi antara landasan utama kepada persidangan ICT yang dianjurkan oleh para akademik dan penyertaan peserta semakin meningkat melibatkan para akademik dan industri.
Manakala Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata persidangan CITA menjadi ruang kepada para akademik dan industri untuk membentangkan penemuan penyelidikan dan pembangunan berkaitan dengan perspektif ICT dan data besar (Big Data)  melibatkan sains, kejuruteraan, kesenian dan kemanusiaan.
Beliau berkata, sebagai inisiatif ke arah pengumpulan data besar di UNIMAS, sebuah makmal data telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Prestariang di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) dengan tujuan untuk mempromosi dan menyediakan aktiviti penyelidikan dan latihan berkaitan data besar dan sains data.
Selain itu, Naib Canselor berkata, FSKTM turut aktif bekerjasama dengan pihak industri lain seperti SAINS, EMC dan Prestariang untuk memastikan kurikulum teknologi maklumat dan sains komputer yang ditawarkan adalah selari dengan keperluan industri.
“ Kita berbangga kerana pengambilan pekerja di kalangan para graduan FSKTM UNIMAS adalah 85 peratus pada tahun lepas dan ini membuktikan pelajar UNIMAS telah belajar dan dilatih dengan baik agar ia selari dengan keperluan industri,” katanya lagi.
Sementara itu, persidangan CITA kali ini menampilkan para penceramah yang terkemuka dalam bidang akademik dan industri seperti Prof Bebo White dari SLAC National Accelerator Laboratory, Amerika Syarikat,  Dekan Fakulti Komputer & Matematik Universiti Waikato, New Zealand, Prof Dr Geoff Holmes, Prof Dr Timos Sellis dari RMIT University, Melbourne, Australia, Prof Dr Ku Ruhana Ku Mahamud dari Universiti Utara Malaysia, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad dan Penasihat Keselamatan, APAC dari F-Secure Corporation (M) Sdn. Bhd, Encik Goh Su Gim, 
Seramai lebih 100 orang peserta dan pembentang dari dalam dan luar negara telah menyertai persidangan ini. 
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135166

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa