• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS dapat pujian : Lokasi terbaik untuk adaptasi pembelajaran dan kepakaran

on 05 August 2015.

SRI lanka1

sri lanka2

Kota Samarahan, 5 Ogos 2015:  Seramai 28 pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan pensyarah dari program Teknologi Informasi Universiti Moratuwa (UoM) Sri Lanka telah mengadakan kunjungan sambil belajar ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan rombongan pelajar dari UoM tersebut dan berharap kunjungan ke UNIMAS akan memberi manfaat kepada UoM dan universiti ini.
Beliau berkata, kunjungan ini akan dapat memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar UoM berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar sarjana dari Fakulti Ekonomi Perniagaan dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIMAS.
“ Lawatan yang diadakan selama seminggu ini bukan sahaja dilihat sebagai jalinan kerjasama antara kedua-dua universiti ini bahkan menjadikan UNIMAS di antara universiti yang menjadi pilihan orang luar untuk dilawati,” katanya.
Manakala Kordinator merangkap wakil Uom, Encik Indrajanaka Mahakalanda, dalam ucapannya berkata, mereka memilih UNIMAS kerana universiti ini mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pelbagai bidang pengajian.
“ Kita mendapati banyak perkara yang boleh dipelajari di sini dan keselamatan juga adalah terjamin Melalui kunjungan ini, saya berharap pelajar UoM akan mendapat ilmu yang lebih luas terutamanya sebagai pendedahan dari aspek budaya dan teknologi,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, ia bertepatan dengan objektif mereka untuk mendidik dan meningkatkan kemahiran bekerja dan berfikir dengan mengadaptasikan pengetahuan dan kepakaran dari universiti di negara lain terutama dalam bidang pengurusan teknologi di Malaysia .
Beliau berkata, pengetahuan yang diperolehi akan memudahkan pelajar mereka berurusan dengan pihak industri di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.
Dalam pada itu, salah seorang pelajar UoM, Malshan Peiri berharap lawatan ini dapat memberi pengalaman dan pendedahan yang lebih luas dalam bidang pengajiannya. 
Beliau yang juga seorang jurutera di Sri Lanka berkata Malaysia merupakan contoh yang baik kerana mempunyai polisi yang sistematik dan pengurusan yang mengagumkan. 
Bagi Thilini Fernando pula melihat UNIMAS sebagai sebuah institusi pengajian yang kondusif manakala secara keseluruhan, Sarawak pula adalah sebuah negeri yang aman yang tidak berbeza dengan negaranya sendiri.
Lawatan sambil belajar tersebut diadakan selama enam hari bermula 2 Ogos lepas dengan pelbagai sesi pembelajaran dan lawatan dirancang sepanjang tempoh lawatan dilakukan di universiti ini.
 
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa