• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kepakaran bidang alam sekitar: UNIMAS pilihan UNESCO-IHP Malaysia

on 07 August 2015.

 

air 26 20150806 IMG 4818

Kota Samarahan, 7 Ogos 2015: Universiti Malaysia Sarawak terbukti sekali lagi menjadi pilihan utama untuk bekerjasama dengan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization’s: The International Hydrological Malaysia (UNESCO-IHP  Malaysia) bagi menganjurkan Kem Kepimpinan Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan 2015 (Zon Borneo).

“ Kejayaan UNIMAS sebelum ini seperti projek rawatan air di Sadong Jaya, Kota Samarahan dan Kuala Krai, Kelantan yang dilaksanakan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan merupakan antara titik tolak kerjasama ini,” menurut Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan aluan beliau sebelum bermulanya Mesyuarat Penyelarasan Akhir untuk kem ini.

Menurut Sekretariat UNESCO-IHP Malaysia, Encik Nasarudin Nazir, kerjasama ini adalah hasil daripada hubungan baik dengan pihak universiti di samping UNIMAS memang telah sinonim dengan persekitarannya yang mesra alam serta ramai pakar-pakar berkenaan alam sekitar di universiti ini.

“ UNIMAS pakar dalam pengajian alam sekitar bersesuaian sekali dengan konsep kem dan organisasi kami yang berkonsepkan pemuliharaan dan air. Melihat daripada modul-modul yang sudah dibentangkan, kem ini pastinya akan menarik dan memberi pengetahuan yang banyak kepada peserta,” tambah beliau yang juga positif untuk membina kerjasama yang berterusan dengan UNIMAS.

Seramai 100 peserta daripada pelajar-pelajar di kawasan Kuching dan Kota Samarahan akan terlibat dengan kem ini yang bakal diadakan pada 18 hingga 20 Ogos 2015 di UNIMAS. Kem ini juga melibatkan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan LESTARI (Universiti Kebangsaan Malaysia), Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Penyelidikan Sarawak dan Pejabat Negeri Pertahanan Awam Sarawak.

 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa