• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kenali UNIMAS dari usia tiga tahun

on 07 August 2015.

burney1

brunch2

KOTA SAMARAHAN, 7 Ogos 2015 :  Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS meriah dengan kehadiran 33 orang murid prasekolah, guru dan ibu bapa dari PraSekolah Montessori Islam Brainy Bunch, Kampus Kuching, kelmarin.
Lawatan itu dilihat sebagai usaha untuk memberi pendedahan awal serta inspirasi kepada pelajar dari sekolah berkenaan dalam pembentukan minat kepada pelajaran sejak dari peringkat kecil lagi.
Pengurus Pra-Sekolah, Puan Atiqah binti Abdillah berkata malah lawatan tersebut dapat menaikkan semangat pelajar untuk kembali ke sekolah selepas bercuti panjang sempena cuti hari raya lepas.
“ Setelah bercuti panjang, semangat mereka untuk bersekolah harus dipupuk semula supaya mereka tidak bosan bahkan kita berharap lawatan ini dapat mencetuskan inspirasi untuk masa hadapan mereka.
“ Mereka amat teruja dan tidak sabar untuk melawat kampus UNIMAS sejak mereka dimaklumkan mengenai lawatan ini,” katanya lagi.
Sementara itu, Pensyarah FSGK, Encik Awangko Hamdan Awang Arshad berkata lawatan ke fakulti itu boleh memberi pendedahan kepada pelajar juga kepada ibu bapa mengenai minat anak-anak mereka.
“ Aktiviti bermain tanah liat seperti ini dapat membantu perkembangan psikomotor kanak-kanak. Melalui ini juga kita dapat kenal pasti minat sebenar kanak-kanak ini,” ujar beliau.
Selain bermain tanah liat, mereka juga dibawa ke Galeri FSGK dan Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) UNIMAS.
 
Artikel oleh :  Norsamsiah Kassim
Pelatih Pratikal Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial UNIMAS
 
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3130418

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa