• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS dan Kolej ERICAN tandatangani MoA jalin kerjasama pintar

on 12 August 2015.

Erican pic

 

Kota Samarahan, 12 Ogos 2015: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Kolej ERICAN dan UNIMAS Holdings Sdn Bhd bagi memulakan program Kerjasama Akademik IPTA dan IPTS, petang kelmarin.
MoA itu dilihat sebagai satu dari usaha UNIMAS untuk menjadi sebuah universiti contoh dan universiti pilihan di rantau ini.
Naib Canselor UNIMAS, Professor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan memberitahu kerjasama itu membantu meningkatkan visibiliti UNIMAS selain memperluaskan akses pembelajaran kepada pelajar yang berada di luar kampus UNIMAS.
“ Kerjasama ini melibatkan perkongsian data, maklumat dan kepakaran  terutama bagi bidang-bidang yang ditawarkan oleh UNIMAS seperti  Ekonomi dan Perniagaan, Sains Komputer dan Maklumat, Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dan Seni Gunaan dan Kreatif,” ujar beliau.
Menurut Naib Canselor, malahan, kerjasama pintar ini dapat  memperkasa dan memperkukuhkan status UNIMAS sebagai universiti komprehensif dengan nilai tambah sebagai universiti yang diberi status autonomi selaras dengan tuntutan semasa seperti dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.
Sementara itu, Pengarah Urusan Erican College, Datuk Eric Chong dalam ucapan beliau pula menyifatkan MoA itu sebagai kombinasi akademik yang cemerlang dan boleh mewujudkan kerjasama yang baik selain menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan di Malaysia.
“ Kolej ERICAN akan membantu memperkenalkan dan mempromosikan UNIMAS di semenanjung Malaysia dan di seluruh negara yang sudah bekerjasama dengan Kolej ERICAN. Kita bekerjasama bersama-sama demi kepentingan pendidikan di Malaysia,” tambah beliau.
MoA ini telah ditandatangani oleh tiga pihak, Naib Canselor UNIMAS, Professor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi, Pengarah Urusan Kumpulan Pendidikan ERICAN, Datuk Eric Chong serta Pengerusi UNIMAS Holdings Sdn Bhd, Datu Hajjah Jabidah binti Monseri dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Mary Yap Kain CHing.
Program Kerjasama UNIMAS-ERICAN melibatkan program akademik dengan tawaran sebanyak sembilan program pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian iaitu Kewangan, Pemasaran, Pengurusan Korporat, Kejuruteraan Perisian, Sistem Maklumat, Pengkomputeran Multimedia, Pembangunan Sumber Manusia, Sains Kognitif dan Pengurusan Seni dan dijangka bermula pada sesi akademik tahun 2016/2017 dengan pengambilan pelajar kohort pertama pada bulan Februari tahun hadapan.
 
Artikel oleh: Norsamsiah Kassim 
Pelatih Praktikal Program Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial UNIMAS.
 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3129013

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa