• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelan struktur mantap untuk pembangunan sagu

on 21 August 2015.

sagu3
sagu4
Kota Samarahan, 21 Ogos 2015: Pelan struktur yang lebih mantap perlu dilakukan untuk pembangunan industri sagu selari dengan kepentingan industri berkenaan yang kini menjadi antara penyumbang ekonomi utama di negara ini.
Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kopli Bujang dalam syarahan perdana beliau baru-baru ini menekankan antara komposisi pembangunan sagu yang boleh dimajukan seperti pembangunan sagu kepada gula, protein sel tunggal asid laktik dan bahan bakar.
Beliau menambah, oleh demikian, antara pelan struktur yang boleh dibangunkan adalah dengan menjalinkan kerjasama dengan para petani, pemilik ladang, operator kilang sagu dan pusat penyelidikan yang diikitiraf seperti Pusat Penyelidikan Sagu (CoESAR) UNIMAS.
“ Dengan adanya pelan struktur maka kerjasama sama ada di peringkat tempatan atau ke luar negara dapat dijalinkan. Ini adalah petanda baik kerana pembangunan teknologi sagu boleh dibangunkan untuk kebaikan rakyat,” katanya.
Profesor Dr Kopli Bujang yang juga seorang Pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) UNIMAS telah menyampaikan syarahan perdana bertajuk  Rejuvenation of An Old Crop: Roles of Sago in  the Food & Energy’ di Dewan Syarahan, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS.
Beliau menjelaskan hasil penyelidikan sagu yang telah dilakukan mendapati sagu boleh dibangunkan secara bersama dan seiring untuk menghasilkan makanan, bahan kimia tertentu, makanan tambahan dan bahan api bio yang akan memaksimumkan penggunaan bahan-bahan mentah dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Professor Dr Kopli Bujang yang telah menerbitkan pelbagai kertas kerja berkaitan pengubahsuaian kanji untuk etanol dan merupakan pakar dalam bidang teknologi bioproses dan pengurusan bahan buangan organik pepejal turut menyatakan dalam buku beliau penghargaan terhadap UNIMAS kerana telah memberi peluang dan sokongan padu dalam bidang peyelidikan beliau selama ini.
Turut hadir dalam syarahan tersebut ialah Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Timbalan Naib Canselor UNIMAS, Professor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim( Akademik dan Antarabangsa), Dekan FSTS Professor Madya Dr Othman Bojo, staf—staf dan para pelajar UNIMAS.
Artikel oleh: Norsamsiah Kassim
Pelatih Praktikal Program Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial UNIMAS
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3129460

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa