• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS Pungut Pingat Melebihi Sasaran di SUKUM

on 25 August 2015.

SUKUMPIC2

SUKUM RESULT PIC

KOTA SAMARAHAN, 25 Ogos 2015 : Penyertaan kontinjen UNIMAS di dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2015 kali ini bersinar dengan kejayaan mencapai lebih dari sasaran awal pungutan pingat.
Urus Setia kontinjen UNIMAS, Encik Ramli Bujang berkata, meskipun hanya menduduki tangga keenam dalam juara carta namun atlit UNIMAS telah menunjukkan keazaman dan kehebatan dalam acara sukan masing-masing.
Menurut beliau, hasil kerjasama semua, UNIMAS telah berjaya memungut lima pingat emas , empat pingat perak dan dua pingat gangsa iaitu melebihi dari sasaran awal.
Tiga pingat emas dirangkul oleh atlit UNIMAS menerusi acara olahraga kategori lelaki (100m,200m dan 400m) manakala dua pingat emas lagi disumbang oleh acara tenpin boling veteran.
“ Manakala pingat perak diperolehi dari acara berbasikal kategori berpasukan dan individu (veteran),” katanya.
Beliau berkata, atlit  olahraga bagi acara 800m lelaki dan 1500m lelaki veteran turut menyumbang dua pingat perak dan dua pingat gangsa.
SUKUM 2015  telah disertai oleh dua puluh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam bermula 15 sehingga 23 Ogos lepas.
Artikel oleh : Sarena bte Haidir

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141397

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa