• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

330 Murid Tahun 6 Sekolah-sekolah Rendah Tambak Bako menanam hasrat belajar di UNIMAS

on 28 August 2015.

bako

bako2
Kota Samarahan. 28 Ogos 2015: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meriah dengan kehadiran seramai 330 calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari lima buah sekolah rendah dari kawasan Tambak Bako, Kuching baru-baru ini.
 
Lawatan sambil belajar ini, menurut ketua rombongan merangkap Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Senari, Encik Awang Majri Awang Rosli, bertujuan membuka minda murid-murid untuk lebih berusaha dan menanam cita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih jauh.
 
“Saya mengucapkan tahniah kepada 330 murid Tahun 6 sekolah-sekolah rendah Tambak Bako kerana telah diterima untuk masuk melawat UNIMAS hari ini, dengan harapan seramai 330 calon UPSR ini akan menjadi siswa dan siswi UNIMAS suatu hari nanti,” ujar beliau dalam ucapan ringkas di  Dewan PITAS, UNIMAS.
 
Pelajar-pelajar ini telah diberi penerangan dan motivasi oleh Pegawai Psikologi UNIMAS (Unit Kaunseling dan Kebajikan Pelajar), Puan Fauziah Bee Mohd Salleh.  Pelajar-pelajar cilik ini juga  dibawa melawat ke Muzium Anatomi dan Patologi di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UNIMAS, Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) serta sekitar kawasan universiti ini.
 
Turut hadir ketika lawatan ini adalah Pegawai Piskologi UNIMAS, Puan Saptuyah Berahim dan guru-guru pengiring dari SK Muara Tebas, SK Geobilt, SK Panjar Sejingkat, SK Kampung Senari dan SK Bako. Lawatan mereka berakhir pada jam 2.00 petang. 
 
Artikel oleh: Norsamsiah Kassim
       Pelatih Praktikal Program Kajian Komunikasi, Fakulti Sains Sosial UNIMAS
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3131444

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa