BETONG, 31 OGOS 2015: Kumpulan penyelidik UNIMAS dari Pusat Penyelidakan Malaria yang diketuai oleh Dr Angela Siner sebagai ketua rombongan kali ini telah berkunjung kembali ke beberapa buah rumah panjang di sekitar bahagian Betong Sarawak untuk menjalankan kajian mengenai Plasmodium knowlesi atau parasit malaria monyet dengan mengumpul sampel data darah penduduk untuk dihantar ke Hospital Umum Sarawak.
Kajiaan ini telah bermula sejak tahun 2014 dan telah mengumpul sebanyak 2670 sampel darah.
Antara rumah panjang yang dilawati oleh penyelidik adalah Penebak Ulu, Rata Tiput, Nanga Mutok, Begumbang, Penyelanih Kiba, Batu Lintang, Nanga Keron dan Nanga Ban.
Pengambilan data ini dilakukan setiap 2 bulan sekali dan mengambil masa selama lima hari.
Sampel darah penduduk diambil sekitar jam 5 petang sehingga lewat malam berikutan penduduk pulang dari ladang.
Menurut Dr Angela Siner, rumah panjang ini dipilih kerana kawasan kediaman rumah panjang tersebut berdekatan dengan kawasan hutan.
Selain mengambil sampel darah serta megumpul data penduduk, penyelidik turut memberi pendedahan tentang parasit malaria monyet kepada penduduk.
Dr Angela turut dibantu oleh pelajar Master Liew Sze Tze dan dua pegawai pejabat perubatan bahagian Betong, Encik Rahynold Gagat dan Encik Joshua Edward.
Kunjungan ini bermula pada 24 hingg 28 Ogos yang lalu.
Artikel oleh: Nur Zatul Iftitah Zolkana
Pelatih Praktikal Program Kajian Komunikasi, Fakulti Sains Sosial UNIMAS