• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS besar hati terima kemasukan sembilan OKU

on 02 September 2015.

OKU1

OKU2

OKU3

Kota Samarahan, 2 September 2015: Kemasukan semester baharu pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi semester 2015/2016 mencatat sejarah sekali lagi dengan kehadiran seramai Sembilan  pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bermula pendaftarannya hari ini. 
Menurut Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, pelajar OKU di universiti ini diterima baik oleh warga universiti bukan setakat dirai tetapi juga dibantu pihak universiti.
Tambah beliau lagi, UNIMAS mempunyai sejarahnya tersendiri dengan berjaya melahirkan graduan OKU yang separa buta serta dengan rasa tanggungjawab menyediakan sebuah proton waja untuk kemudahan seorang siswa yang tidak dapat berjalan dengan sempurna. 
“ UNIMAS komited ke arah mempertingkatkan fasiliti untuk kemasukan lebih ramai lagi pelajar OKU sekaligus menjadikan UNIMAS sebagai kampus angkat untuk pelajar-pelajar ini,” ujar beliau dalam ucapan bersempena Majlis Perasmian Penutupan Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2015 yang diadakan Jumaat lepas.
Program yang berlangsung selama 3 hari ini menyaksikan bakat dan potensi 277 pelajar pendidikan khas dari seluruh Sarawak yang berpusat di UNIMAS. 
Lima pertandingan dilakukan antaranya tarian kebudayaan, nyanyian solo, sobek wau bulan, mewarna batik canting dan pameran. 
Turut hadir dalam majlis penutupan tersebut ialah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah.
Artikel oleh: Norsamsiah Kassim
         Pelatih Praktikal Program Kajian Komunikasi, Fakulti Sains Sosial
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3130417

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa