• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS bantu lahirkan usahawan cendawan

on 03 September 2015.

cendawan1

cendawan3

cendawan2

Kota Samarahan, 3 September 2015 : Seramai 31 orang peserta dari kawasan Kota Samarahan dan Kuching telah menyertai bengkel penyediaan benih dan penanaman cendawan, baru-baru ini.
Projek tersebut merupakan salah satu kumpulan projek komuniti UCTC UNIMAS yang diketuai oleh Prof Dr Sepiah Muid dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) UNIMAS.
Bengkel yang diadakan kali ini merangkumi topik pengenalan kepada kaedah penyediaan benih dan penanaman cendawan yang turut didedahkan kepada semua peserta bengkel.
Selain itu, peserta telah dibawa melawat ke sebuah kawasan penanaman cendawan di Kampung Tanah Putih, Serian bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang konsep penyediaan benih dan penanaman cendawan yang betul. 
Majlis perasmian bengkel telah dirasmikan oleh Dekan FSTS UNIMAS,  Prof Madya Dr Othman Bojo.
Turut hadir ialah Puan Suzana Busalam, pegawai di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Bahagian Samarahan yang turut sama membantu dalam penyertaan komuniti di sekitar Kota Samarahan ke bengkel ini.
Program sebegini diharapkan dapat membantu membentuk usahawan desa di dalam komuniti dan selari dengan matlamat kerajaan dalam meningkatkan pendapatan rakyat terutama golongan usahawan di dalam bidang pertanian.
Artikel oleh : Sarena Haidir
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134991

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa