• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Dua puluh jam redah perjalanan demi masa depan

on 07 September 2015.

penan1

penan2

KOTA SAMARAHAN, 7 Ogos 2015 :  Meredah perjalanan selama dua puluh jam menggunakan kereta untuk sampai ke destinasi, adalah satu bebanan tetapi berbeza buat Christina Awing Lian, gadis Penan, yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sarawak, baru-baru ini.
Gadis berusia 20 tahun ini dan berasal dari Kampung Long Jekitan, Ulu Baram mengganggap kepayahan yang beliau harungi adalah sebagai suntikan untuk belajar bersungguh-sungguh sepanjang pengajiannya di universiti ini.
Beliau yang ditemani oleh bapa dan bapa saudara untuk sampai ke Kuching pada minggu lepas berkata, keputusan untuk belajar di universiti adalah sesuatu yang sukar memandangkan keadaan ekonomi keluarga mereka.
“ Ibubapa saya hanyalah seorang petani dan keluarga kami hanya bergantung kepada hasil rezeki dari pertanian. Keluarga mahu saya meneruskan pengajian di sini kerana mereka mahu melihat anak-anak berjaya,” katanya yang akan mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan).
Christina turut berbangga kerana menjadi antara salah seorang anak Penan dari Ulu Baram yang berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading.
Beliau turut bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh demi membalas budi keluarga di Ulu Baram sekaligus menaikkan nama kaum Penan di dalam pembangunan negara khasnya dan negeri ini amnya.
Sementara itu, Ibrahim Abdul Rahman, 19, dari Pakistan merupakan salah seorang pelajar antarabangsa baharu UNIMAS yang akan mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Sivil) di Fakulti Kejuruteraan.
Beliau menganggap peluang menyambung pengajian ke UNIMAS adalah sesuatu yang amat diharapkan selama ini kerana beliau yakin dengan kualiti dan kemampuan UNIMAS untuk memberi ilmu berguna kepada para pelajar.
Beliau turut berharap apa yang dipelajarinya sepanjang menuntut di negara ini, akan dapat dimanfaat dan digunakan sebaik mungkin terutama untuk masa depannya.
Artikel dan Foto oleh : Sarena Haidir
 
 
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3137669

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa