• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar UNIMAS angkat ikrar untuk berjaya

on 08 September 2015.

 

MAP15 686 20150906  MG 8588

MAP15 645 20150906  MG 8547

MAP15 652 20150906  MG 8554

Kota Samarahan, 8 September 2015: Arena Gemilang DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menjadi saksi lafaz ikrar seramai 3225 pelajar baharu UNIMAS sesi 2015/2016. 

Majlis Ikrar Pelajar (MIP) ini sebagai tanda mematuhi segala Akta, Perlembagaan, Statut dan peraturan Universiti serta iltizam untuk memanfaatkan peluang dan menjaga nama baik universiti ini.

Turut menjadi saksi MIP ini, Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Menteri Mentor UNIMAS, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof dalam ucapan beliau mengucapkan tahniah dan menekankan kepada pelajar untuk menguasai ilmu bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

“Tanggungjawab pelajar adalah untuk menguasai ilmu dan kemahiran untuk menjadi kreatif bagi menyelesaikan dan mencari penyelesaian melalui solusi yang inovatif,”ujar beliau.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’Dr Mohamad Kadim Suaidi pula dalam ucapan beliau mengingatkan pelajar ini untuk menetapkan visi yang jelas, sabar, teguh hati dan kuat berusaha serta bermotivasi tinggi untuk bejaya ke destinasi yang dicita-citakan. 

“Jangan pernah berputus asa dan kekalkan winning mentality anda. Yakinlah UNIMAS adalah permulaan kisah sukses anda di masa hadapan nanti.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, UNIMAS sekali lagi diserikan dengan kehadiran 70% pelajar wanita dan 30% pelajar lelaki,”tambah beliau.

Jumlah pelajar baharu ini melibatkan 475 orang pelajar baharu dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP), Fakulti Kejuruteraan (365 orang), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (386 orang),  (FSKPM), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (387 orang), Fakulti Sains Sosial (473 orang), Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (505 orang), Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (405 orang), Fakulti Perubatan Sains dan Kesihatan (181 orang) dan Pusat Pengajian Bahasa (38 orang). 

MIP ini merupakan acara kemuncak kepada Minggu Aluan Pelajar (MAP) bermula 1 September yang lalu. Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datu Dr Hatta Solhi, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan, Pendaftar, Pengarah-pengarah, Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab, Ahli-ahli Senat, pensyarah-pensyarah serta warga staf UNIMAS.

Artikel oleh: Norsamsiah Kassim

Pelatih Praktikal Program Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial UNIMAS

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134990

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa