• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Masalah penglihatan bukan alasan untuk putus asa belajar

on 08 September 2015.

butapix1

butapix2

 

Kota Samarahan, 8 September 2015: Masalah penglihatan dua daripada sembilan pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi kemasukan semester Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sesi 2015/2016 bukanlah alasan untuk mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
Bercita-cita menjadi pendidik dalam bidang bahasa, Dayangku Aisah Awang Taha dari Bintulu, Sarawak mengakui bersedia berhadapan dengan pelbagai cabaran yang bakal dihadapinya sebagai pelajar universiti kelak.
“ Kekurangan saya bukanlah penghalang untuk saya pergi lebih jauh. Apa yang penting sekarang, saya perlu lebih berani dan pandai membawa diri lebih-lebih lagi keluarga jauh di Bintulu,” ujar beliau yang tidak dapat melihat sepenuhnya atau eye blindness.
Menurut beliau, sepanjang Minggu Aluan Pelajar (MAP), ‘Liason Officer’ (LO) sering memberi kata-kata motivasi dan semangat agar Dayangku Aisah lebih bersedia dan selesa belajar di universiti ini.
Seorang lagi pelajar OKU yang menghidap rabun teruk, Chew Ka Kact dari Kuala Kangsar, Perak dengan ramah berkata beliau mahu mengalami pengalaman yang menyeronokkan belajar di UNIMAS.
“ Kita belajar tidak perlu rasa tertekan sangat. Walaupun keadaan saya begini, saya tidak mahu jadikan ia satu alasan. Sekarang, apa yang penting saya inginkan persekitaran pembelajaran tanpa ada rasa tertekan,” ujar beliau yang mengambil program di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP).
Menceritakan kehidupan beliau, keluarga merupakan kekuatan kepada Chew Ka Kact untuk menyambung pelajaran. 
Beliau memberanikan diri datang ke UNIMAS tanpa keluarga hanya ditemani tiga lagi sahabatnya yang juga menyambung pelajaran di universiti ini.
“ Bapa saya seorang pesara manakala ibu mengambil upah menjahit baju di rumah. Kalau saya berjaya nanti saya boleh membantu dan menampung keluarga saya,” ujar beliau.
Beliau di samping itu juga mengharapkan bantuan daripada pihak universiti untuk memberi komputer khas kepada beliau dan mereka yang menghadapi masalah sama. 
Artikel oleh: Norsamsiah Kassim
                  Pelatih Praktikal Program Kajian Komunikasi, Fakulti Sains Sosial
 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134869

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa