• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS platform dalami bidang kepakaran

on 08 September 2015.

pelawat pix1
Kota Samarahan, 8 September 2015: Program sarjana yang ditawarkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terbukti memberi peluang kepada pelajarnya untuk mendalami dan menjadi pakar dalam bidang yang diminati.
Hal ini diakui oleh Alumni UNIMAS, Mohd Ridzuan Sarbini yang kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS).
Beliau yang juga Ketua Unit Akademik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Simunjan, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata pengajiannya di FSTS UNIMAS telah memberi beliau kebebasan dan peluang membuat kajian yang diminati dengan bimbingan pensyarah yang memang pakar dalam bidang ini.
Katanya, sepanjang pengajian, banyak cadangan dan kajian saintifik dikeluarkan di UNIMAS sekaligus memupuk minat untuk mendalami dan menjadi pakar dalam bidang tersebut.
Beliau turut mengetuai rombongan lawatan dari empat buah sekolah di Daerah Simunjan kelmarin ke UNIMAS baru-baru ini.
“ Terima kasih kepada pihak UNIMAS kerana sudi menerima 100 orang pelajar ini yang hampir keseluruhan mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti ini. Ini satu penghargaan khususnya kepada empat sekolah ini yang terletak di luar bandar dan pedalaman,” ujar beliau.
Beliau berkata selain memotivasikan pelajar, lawatan ini juga membolehkan mereka mengetahui peluang pendidikan yang lebih tinggi yang terdapat di Sarawak.
“ Sekurang-kurangnya mereka tahu ke mana harus pergi selepas ini serta memperkenalkan kepada mereka universiti awam di Sarawak yang mempunyai kecemerlangan tersendiri,” tambah beliau.
Sementara  itu, Adam Bohri, seorang pelajar tingkatan lima dari SMK Sri Sadong merasa seronok kerana buat pertama kali datang ke UNIMAS.
“ Saya harap dapat menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik kemudian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) supaya mendapat peluang menyambung pengajian dalam bidang liguistik di sini,” katanya. 
Kelmarin, UNIMAS telah menerima lawatan dari 100 pelajar empat buah sekolah Daerah Simunjan, SMK Sebuyau, SMK Simunjan No. 1, SMK Sri Sadong dan SMK Gedong. Selain diberi taklimat ringkas di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), mereka juga telah dibawa melawat ke Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) UNIMAS.
Artikel oleh: Norsamsiah Kassim
                  Pelatih Praktikal Program Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial UNIMAS
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134870

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa