• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pujian untuk ACE : Penganjur bantu tingkatkan keusahawanan

on 10 September 2015.

CHINApix1

chinapix3

Chinapix2
KOTA SAMARAHAN, 10 September 2015: Persidangan Keusahawanan ASEAN-CHINA 2015 (ACE) buat julung kalinya telah berlangsung hari ini dengan penyertaan lebih dari sebelas buah negara.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Mohammad Morshidi dalam ucapan perasmian menyatakan rasa bangga beliau dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak penganjur iaitu Persatuan Usahawan Sarawak (SEA), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UNIMAS dan Kolej Antarabangsa FAME atas penganjuran persidangan berkenaan.
Beliau berkata, kejayaan menganjurkan persidangan seperti itu adalah bukti kesungguhan penganjur untuk membantu dalam meningkatkan bidang keusahawanan di negara ini.
 “ Saya difahamkan juga bahawa aktiviti ini antara projek yang dilakukan oleh UCTC UNIMAS di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada UNIMAS dan penganjur lain atas kejayaan ini,” sambungnya lagi.
Persidangan ACE yang pertama kali dianjurkan itu telah disertai oleh lebih dari 270 orang peserta dari agensi kerajaan, swasta, usahawan dari dalam dan luar negara.
Objektif persidangan adalah sebagai landasan kepada peserta untuk berkongsi informasi, meneroka peluang-peluang perniagaan dan membuat perdagangan dua hala untuk mengembangkan perniagaan di ASEAN dan China kepada usahawan tempatan mahupun dari luar negara.
Hadir sama Konsul Besar China di Kuching, Encik Liu Quan, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Penasihat Persidangan Keusahawanan ASEAN-China 2015, Senator Profesor Datuk Dr. Sim Kui Hian dan Penolong Naib Canselor UNIMAS, Profesor Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi.
 
 
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141268

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa