• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Projek Khidmat Komuniti Kesedaran Kesihatan Mental bagi Kampung Pichin, Serian

on 05 September 2015.

 perasmian

Baru- baru ini pada tarikh 5 September 2015(Sabtu), bertempat di Kampung Pichin, Serian, seramai 57 orang Pelajar Perubatan Tahun 4, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan “Projek Khidmat Komuniti Kesedaran Kesihatan Mental Bagi Kampung Pichin, Serian” dengan tema #kamisediamembantu. Kesemua pelajar ini baru sahaja menamatkan kursus Penempatan Perubatan Psikologi (MDP40310) yang wajib diikuti oleh pelajar perubatan selama 10 minggu sebelum bergelar sebagai “Doktor Perubatan” pada tahun akhir nanti.

Kursus Penempatan Perubatan Psikologi(MDP40310) adalah merupakan satu kursus di dalam program perubatan yang akan memperkenalkan pelajar kepada perkara asas berkaitan aspek perubatan dan kesihatan mental seseorang individu. Bagi mengukuhkan lagi pemahaman dan menanamkan rasa empati pelajar khususnya kepada pesakit mental, satu aktiviti kemasyarakatan telah diperkenalkan iaitu Sesi Psychoeducation Pelajar Bersama Pesakit.

 

Sesi Psychoeducation Pelajar Bersama Pesakit ini merupakan satu aktiviti khidmat komuniti berbentuk pendidikan komuniti dengan harapan agar pesakit dapat kembali hidup seperti sediakala bersama komuniti. Aktiviti yang bersifat pendidikan ini memberi penekanan kepada aspek psychoeducation, khidmat komuniti dan kebajikan seseorang pesakit mental. Aktiviti ini telah diselia oleh pihak Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama dengan Seksyen Kerja Sosial Perubatan, Hospital Sentosa Kuching.

Melalui aktiviti ini juga, para pelajar akan diberi peluang untuk mengetengahkan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan sesuatu projek. Projek di Kampung Pichin, Serian ini adalah merupakan pilot project yang pertama kali diadakan oleh jabatan kami. Kejayaan penganjuran projek ini nanti akan kami jadikan penanda aras (benchmarking) untuk penganjuran projek ini di lokasi ke- 2 yang akan ditentukan kemudian nanti.

activityGabungan kerjasama pelbagai agensi kerajaan/komuniti/badan bukan kerajaan (NGO) adalah sesuatu langkah yang amat bijak dalam memastikan kelestarian (sustainabilty) projek ini di masa hadapan. Dalam projek ini kita dapat lihat seperti Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); Hospital Sentosa Kuching; Unit Bergerak Tabung Darah, Hospital Umum Sarawak; Yayasan SALAM Malaysia (D’ Sarawak); Persatuan HOPE Kuching; dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) Kampung Pichin, Serian. Manakala pihak Persatuan Psikiatri Malaysia telah membantu menyumbang dana kewangan bagi menjayakan projek ini. Penglibatan pelbagai pihak ini nanti diharapkan dalam meneruskan kesinambungan projek ini nanti.

  

Antara objektif penganjuran projek khidmat komuniti ini ialah:-

  • Untuk mengukuhkan lagi aspek pembelajaran dan pengajaran Psychological Medicine Posting
  • Untuk memberikan lebih pemahaman dan menanamkan rasa empati pelajar khususnya kepada pesakit mental;
  • Untuk memberikan gambaran yang lebih luas dan jelas kepada pelajar tentang aspek kehidupan dan persekitaran pesakit mental di komuniti; dan
  • Untuk mendekatkan lagi hubungan personel perubatan dan kesihatan dengan komuniti setempat melalui projek khidmat komuniti yang akan dilaksanakan.
    • Sesi Psychoeducation bersama pesakit, keluarga dan komuniti setempat.
    • Gotong- royong membersih dan membaikpulih kediaman pesakit mental.
    • Penyerahan bantuan kepada pesakit mental.
    • Pertandingan mewarna kanak- kanak.
    • Kempen derma darah.
    • Lain- lain aktiviti kesedaran kesihatan mental di peringkat komuniti.

Manakala antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti:-

Acara perasmian ringkas projek telah dilakukan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd. Fadzillah Abd Razak Ketua, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Denis Gamin anak Antung, Penghulu Kawasan Bingaret, Encik Rioi anak Lagit, Ketua Kaum Kampung Pichin, Serian, Dr. Rosliwati bt Yusoff, Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Sentosa Kuching, Cik Zakiah bt Ahmat, Koordinator Yayasan SALAM Malaysia (D’ Sarawak) dan Encik Kelvin Wan, Pengasas Persatuan Kebajikan Harapana Kuching (HOPE PLACE).

 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3132394

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa