• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS komited bantu pelajar sekolah

on 15 September 2015.

UCTC 1 20150914 MG 8989

KOTA SAMARAHAN, 15 September 2015 : SK St Mary tampil menyandang gelaran juara dalam pertandingan Drama Bahasa Inggeris Piala UNIMAS 2015 bagi kategori sekolah rendah yang telah diadakan di Dewan Syarahan, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) kelmarin. 

Juara membawa pulang hadiah berupa sebuah piala pusingan, wang tunai sebanyak RM2,000 serta menundukkan dua pesaing lain iaitu SK Paon Temaga yang menduduki tempat kedua dan SJK Stampin di tempat ketiga.

Manakala kategori sekolah menengah pula, tempat pertama disandang oleh SMK St Joseph dengan hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 dan piala, tempat kedua, SMK St Teresa dan ketiga, MRSM Kuching.

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Piala UNIMAS 2015 merupakan anjuran Pusat Pengajian Bahasa (PPB) UNIMAS dengan sokongan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UNIMAS.

Dalam ucapan ringkas, Penolong Naib Canselor UNIMAS, Profesor Madya Dr. Mohd Ibrahim Safawi bin Mohd Zain berkata pertandingan seumpama itu dapat membawa keceriaan dan kegembiraan kepada pelajar sekolah.


Beliau berkata, selain itu, ia juga memberi galakan dan keyakinan kepada pelajar dalam penggunaan Bahasa Inggeris yang berkesan.

“Kita di UNIMAS dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) akan terus bekerjasama untuk menganjurkan pertandingan seperti ini dan berharap ia dapat diteruskan di peringkat kebangsaan,”katanya lagi.

Pertandingan tersebut melibatkan sekolah-sekolah rendah di Sarawak termasuk sekolah kluster kecemerlangan dan antara objektif pertandingan adalah untuk memupuk kemahiran pendengaran, pembacaan, penulisan, dan pertuturan dalam Bahasa Inggeris di kalangan para peserta dan menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam penghasilan karya kreatif di kalangan guru dan pelajar.

Ia juga dilihat dapat membangunkan modal insan cemerlang minda kelas pertama menerusi pemuafakatan yang kukuh di antara program sekolah kluster dan UNIMAS dan memantapkan jalinan rangkaian antara sekolah kluster dan UNIMAS bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam bidang bahasa dan persembahan drama.

Artikel oleh : Sarena.H.

Foto : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3130417

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa