• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Langkah keselamatan semasa jerebu

on 17 September 2015.

jerebu 5 20150917 MG 9069

"Semangat tinggi.."  Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)  memakai topeng muka dalam perjalanan ke kuliah masing-masing pagi tadi. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menasihati  orang ramai supaya mengambil inisiatif perlindungan kesihatan diri sendiri dengan menggunakan topeng muka yang bersesuaian sepanjang cuaca jerebu yang melanda negara pada masa sekarang. 

jerebu 1 20150917 MG 9037

jerebu 2 20150917 MG 9038

jerebu 3 20150917 MG 9039

jerebu 4 20150917 MG 9056

pemandangan sekitar kampus

Screen Shot 2015-09-17 at 10.47.45 AM

Setakat jam 10 pagi tadi, indek pencemaran udara (IPU) di Kuching dan Kota Samarahan menunjukkan kualiti udara kurang sihat masing-masing mencatat 209 dan 207

wearmask

Cara penggunaan topeng muka dengan betul.

Dalam portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kementerian itu telah  menasihati  orang ramai supaya mengambil inisiatif perlindungan kesihatan diri dengan menggunakan topeng muka yang bersesuaian sepanjang cuaca jerebu teruk pada masa ini.

KKM dalam portal mereka memberitahu antara mereka yang berisiko tinggi semasa jerebu seperti kanak-kanak, oang tua, mereka yang mengalami penyakit asma,bronchitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik,alahan, jantung, perokok dan mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Justeru, KKM menyarankan mereka yang mengalami penyakit –penyakit seperti berikut:

1: Mereka yang mengalami penyakit –penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

3. Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenal pasti sebagai kumpulan yang berisiko tinggi.

4. Sejauh yang boleh orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

5. Kurangkan aktiviti –aktiviti di luar rumah seperti sukan.

6. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

7. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.

8. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)

9. Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

Menurut KKM, nilai status Indeks pencemaran udara (IPU) adalah seperti berikut, 0-50 (baik), 51-100 (sederhana),101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301-500 (berbahaya).

 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111902

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa