• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Bank Islam Berhad Serah zakat RM30,000 kepada UNIMAS

on 30 September 2015.

 

zakat 27 20150929 MG 9345

Kota Samarahan, 30 September 2015: Zakat bernilai RM30,000 dari Bank Islam Berhad telah diserahkan kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada pagi hari ini.

Zakat ini telah diserahkan oleh Pengurus Besar, Perhubungan Strategik Bank Islam Berhad, Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh kepada Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato' Dr Mohamad Kadim Suaidi merupakan bantuan dari aspek kewangan oleh Bank Islam bagi membantu pelajar-pelajar UNIMAS.

“ Penyerahan dan perjumpaan hari ini adalah bagi menghargai dan mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin dan kami mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan pihak UNIMAS kepada Bank Islam,” ujar Dato’ Wan Ismail Wan Yusaoh dalam ucapan ringkas beliau sebelum menyerahkan zakat.

Naib Canselor UNIMAS dalam ucapan aluan beliau pula mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan yang berterusan daripada Bank Islam Berhad bagi bersama-sama membantu pelajar-pelajar di universiti ini.

Selain penyerahan zakat, turut dijalankan pembentangan produk daripada Bank Islam di Bilik Mesyuarat Utama, Rumah Universiti UNIMAS. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim, Bendahari Tuan Hj. Mazlan Kiflie dan Pembantu Pengurus Besar Bank Islam, Encik Mohd Yasin Othman.

Artikel oleh: Norsamsiah Haji Kassim

Pelatih Praktikal Program Kajian Komunikasi, Fakulti Sains Sosial UNIMAS

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134990

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa