• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

MPP dinasihat fokus dengan kecemerlangan akademik

on 04 November 2015.

MPP1

MPP2

 

KOTA SAMARAHAN, 4 November 2015 : Seramai tiga belas orang pelajar telah mengangkat sumpah serta menerima watikah pelantikan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS bagi Sesi 2015/2016, hari ini.
Majlis berkenaan telah disaksikan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr. Mohamad Kadim Haji Suaidi serta para Pengurusan Tertinggi, Dekan-Dekan dan Pegawai Utama UNIMAS.
Pemilihan MPP UNIMAS kali ini menyaksikan empat (4) calon umum telah menang tanpa bertanding dan sembilan (9) orang calon bertanding bagi kerusi fakulti pada hari pengundian yang telah berlangsung pada 15 Oktober 2015 yang lalu dengan jumlah pelajar yang turun mengundi seramai 7,287.
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS pula telah mencatat peratusan pelajar tertinggi turun mengundi iaitu sebanyak 61.04 peratus.
Dalam ucapan ringkas, Profesor Dato’Dr Mohamad Kadim berkata, MPP merupakan organisasi tertinggi mahasiswa di universiti ini yang boleh menjadi jambatan penghubung di antara mahasiswa dengan pihak pengurusan universiti. 
Beliau berkata, oleh kerana itu, MPP yang dilantik haruslah memanfaatkan peluang dan kepercayaan yang diberi dengan memantapkan barisan kepimpinan mahasiswa di samping membantu ke arah pembangunan universiti serta memahami misi dan visi Universiti agar dapat berganding bahu bersama dengan pengurusan universiti ke arah pencapaian misi dan visi yang ditetapkan. 
“MPP juga berperanan dalam melaksanakan aktiviti kemahasiswaan dan kemasyarakatan bagi meningkatkan kesedaran mahasiswa mengenai isu-isu setempat, negara dan antarabangsa serta meningkatkan kualiti sistem pembelajaran di UNIMAS. 
“ Peranan aktif harus dimainkan oleh MPP untuk menarik golongan mahasiswa menyertai program ilmiah yang dianjurkan dengan keazaman untuk menambah ilmu di dada, dan bukannya sekadar mengharap insentif daripada penyertaan tersebut sahaja,” katanya lagi.
Naib Canselor menambah, pihak universiti tidak pernah menyekat apa jua cadangan yang ingin dimajukan oleh MPP, sekiranya ia membawa kepada kebaikan semua pihak dan kecemerlangan Universiti secara keseluruhan.
Malahan, katanya, idea, cadangan, pandangan mahupun kritikan sebagai golongan mahasiswa UNIMAS akan diambilkira selagi tidak bertentangan dan bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Pindaan 2012 dan mana-mana undang-undang lain yang berkaitan. 
“ Walaupun anda semua akan sibuk dengan pelbagai aktiviti nanti, jangan sekali-kali leka dan mengabaikan kecemerlangan akademik kerana ia  menjamin kesejahteraan hidup anda pada masa akan datang. 
“Saya tidak mahu melihat anda yang merupakan pemimpin di universiti pada masa ini tidak ke mana-mana dalam dunia pekerjaan nanti kerana kandas dalam akademik. Pengurusan masa yang baik amat penting bagi memastikan tiada keciciran dalam akademik,” sambungnya.
Dalam pada itu, barisan MPP UNIMAS Sesi 2015/2016 adalah seperti berikut :
1)Yang Di-Pertua MPP merangkap Exco Protokol - Basnel Guswindoo Bin Basri.
2)Naib Yang Di-Pertua merangkap Exco Pascasiswazah - Hemnaarth A/L Tanakaran
3)Setiausaha Agung - Neeshallini A/P Kaleappan
4)Bendahari Kehormat - Christinus Ng Ka Hing
5)Exco Sukan, Rekreasi & Kesihatan - Gary Anak John
6)Exco Keusahawanan, Inovasi & Kerjaya- Nur Amalia Bt Zulkipli
7)Exco Keselamatan & Kebajikan - Muhammad Syafiq Bin Ahmad Hisham
8)Exco Pengangkutan & Kemudahan - Mohd. Helmi Bin Mustafa
9)Exco Publisiti, Informasi & Multimedia -  Mohd Amirul Husni Bin Jakaria
10)Exco Pembangunan Sahsiah & Modal Insan - Ahmad Jibriel Bin Mohd Yusof
11)Exco Kesenian & Kebudayaan - Nur Nabihah Bt Shaharudin
12)Exco Akademik & Kesarjanaan - Karthik A/L Sathiamoorthy
13)Exco Perhubungan & Antarabangsa - Nazmi Bin Suhaimi
 
Artikel oleh : Sarena Haidir
Foto oleh    : Azlandy MAT

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141315

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa