• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ketua Menteri Sarawak bakal dapat ijazah kehormat

on 09 November 2015.

Profesor Dato' Dr Mohamad Kadim Suaidi di sidang media.    (FOTO Rabi Atul Adawiyah Ismail)
 
Kuching: Buat julung kalinya Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memperkenalkan Ijazah Kehormat Doktor Pemuliharaan Alam Sekitar sempena Majlis Konvokesyen Ke-19 universiti itu, Sabtu ini.
Ia akan dianugerahkan kepada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebagai menghargai sumbangan besar Adenan dalam usaha pemuliharaan alam sekitar di negeri ini.
Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, antara sumbangan terbesar Adenan ialah usaha beliau mewartakan kawasan hutan simpan yang lebih luas di Sarawak.
"Penganugerahan Ijazah Kehormat itu diputuskan selepas kita mengambil kira perkhidmatan beliau sebagai Menteri Alam Sekitar dalam Kabinet Persekutuan dan negeri sebelum ini.
"Selepas mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sarawak tahun lalu, beliau terus melaksanakan pemuliharaan alam sekitar dengan lebih serius termasuk menggalakkan penanaman semula hutan," katanya pada sidang media Pra-Konvokesyen UNIMAS 2015, di sini, hari ini.
Penganugerahan Ijazah Kehormat kepada Adenan itu akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri yang juga Canselor UNIMAS, Tun Abdul Taib Mahmud, pada sidang pertama, Sabtu ini.
Seramai 3,919 graduan akan menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen yang berlangsung dalam enam sidang mulai 14 hingga 17 November ini dan ia adalah jumlah terbesar dalam sejarah 23 tahun UNIMAS.
Daripada jumlah itu, 3,572 adalah graduan prasiswazah manakala 347 lagi adalah graduan pascasiswazah.
Selain itu katanya, empat anugerah turut disediakan kepada graduan cemerlang iaitu Anugerah Pingat Jaya Cemerlang Graduan Bumiputera, Anugerah Pingat Jaya Cemerlang Bukan Bumiputera, Anugerah Canselor dan Anugerah Pro Canselor.
"Tahun ini, seramai 49 graduan antarabangsa akan menerima ijazah masing-masing dengan 20 daripadanya Doktor Falsafah, sembilan Sarjana dan 20 lagi prasiswazah," katanya.
 
Sumber: Harian Metro

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3132410

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa