• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Konvokesyen UNIMAS : 3,919 bakal bergelar graduan

on 09 November 2015.

 

Kota Samarahan, 9 November 2015: Seramai 3,919 graduan akan menerima ijazah masing-masing merangkumi pelbagai peringkat pengajian iaitu ijazah doktor falsafah, sarjana dan sarjana muda dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-19 yang akan berlangsung selama empat hari bermula 14 hingga 17 November ini bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA)

Naib Canselor UNIMAS, YBhg. Profesor Dato’Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, dari jumlah tersebut, 3,572 graduan adalah dari prasiswazah manakala selebihnya (347) adalah graduan pascasiswazah dan konvokesyen akan diadakan dalam enam sidang.

“Pengisytiharan majlis konvokesyen ke-19 akan dilakukan pada sidang pertama oleh  Tun Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud,”katanya dalam sidang media bersama pengamal media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sidang pertama (14 November 2015) juga diadakan Majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pemuliharaan Alam Sekitar kepada  Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem.


Selain itu diadakan penyampaian Anugerah Pelajaran Diraja kepada graduan cemerlang dan penyampaian ijazah kepada graduan dari Pusat Pengajian Siswazah seramai 347 orang dan graduan dari Fakulti Seni Gunaan dan kreatif seramai 485 orang.

Nab Canselor berkata, hari kedua sidang akan diadakan pada sebelah pagi pada 15 November 2015 dan akan disempurnakan oleh  Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem untuk graduan dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber seramai 593 orang.

Manakala sidang ketiga (sebelah petang) akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang  untuk graduan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia seramai 704 orang.

“Hari ketiga konvokesyen pada 16 November akan  oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang dalam dua sidang iaitu sidang keempat (sesi pagi) untuk graduan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (566 orang) serta Fakulti  Perubatan dan Sains Kesihatan (161 orang) manakala sidang kelima (sesi petang) untuk graduan dari Fakulti Sains Sosial seramai 599 orang,”katanya.

Beliau menambah, sidang keenam dan terakhir pada 17 November akan disempurnakan oleh Tun Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud bagi graduan dari Fakulti Kejuruteraan seramai 291 orang dan graduan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat seramai 173 orang.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Pendaftar, Tuan Haji Abu Bakar Ibrahim, dan Pegawai-pegawai UNIMAS.

Sementara itu, sepanjang minggu konvokesyen ini, UNIMAS juga menganjurkan Festival Konvokesyen 2015 (UNIMAS Confest 2015) yang menyediakan lebih dari tiga puluh aktiviti menarik untuk para pengunjung seperti bermula 6 hingga 17 November 2015.

Festival Konvokesyen 2015 (UNIMAS Confest 2015) akan dirasmikan pada 11 November ini bertempat di Dataran Universiti UNIMAS pada pukul 7.45 malam oleh Menteri Muda Pelancongan Sarawak, Datuk Haji Talib Zulpilip.

Antara aktiviti yang termuat di dalam UNIMAS Confest 2015 seperti citrawarna, khatamal al-quran, pesta buku konvo, Dota2 Championship & PC fair, pertandingan battle of the band, pertandingan senam seni, pertandingan puisi Samarahan (GEMPAR), pameran Kuching 2015, pertandingan boling dan banyak lagi.

Turut dibuka gerai-gerai makanan dan minuman, gerai menjual pakaian, tudung dan sebagainya serta gerai fotografi, bunga dan cenderahati. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan ConFest berkenaan.

 Gambar : UNIMASimage

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3131444

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa