• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Graduan UNIMAS menabur budi di Kampung Telaga Air

on 11 November 2015.

student1

student2

student3

Kembali berbakti.  Itulah yang dilakukan oleh pelajar Sarjana dan pensyarah UNIMAS  dalam program kursus bimbingan kerjaya di Kampung Telaga Air, baru-baru ini.
Siswa Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, UNIMAS kembali kepada masyarakat dengan satu tugasan besar iaitu mengaplikasikan apa yang mereka belajar di universiti dalam bentuk sesi amali yang sebenar. Latihan yang kerap kali diadakan di hotel atau mana-mana agensi kerajaan kini dibawa ke kampung dan dalam suasana hiruk-pikuk masyarakat yang sebenar. 
 Pada 7 November 2015 yang lepas, satu program latihan telah diadakan oleh siswa Ijazah Sarjana daripada Program Pembangunan Sumber Manusia, di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Telaga Air, Matang, Kuching. 
Program latihan yang diadakan bertemakan “Kursus Bimbingan Kerjaya. Towards a better me” melibatkan seramai 28 orang peserta yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan beberapa orang peserta yang memiliki kelayakan lain termasuk yang belum dan sudah bekerja. 
Program berkenaan dikendalikan oleh 24 orang siswa sarjana dan beberapa pensyarah Jabatan Sumber Manusia, Fakulti sains Kognitif dan Pembangunan manusia, UNIMAS. Para siswa COHORT 3, Program Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia (HRD), UNIMAS  dengan objektif untuk membantu memberi pengetahuan, kemahiran dan kompetensi lain yang berkaitan untuk peserta bagi membangunkan potensi diri mereka, bersediakan dengan pasaran kerja dan membina sikap dan pemikiran yang positif.
Ia sekaligus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran siswa dalam pengendalian program latihan secara praktikal untuk Kursus KMS6033 iaitu Rekabentuk dan Pengurusan Program Latihan (Design and Management of Training Program) dan mempromosi program Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia dan UNIMAS kepada masyarakat.
Program yang dirasmikan oleh Dekan, FSKPM, Encik Abang Ekhsan Abang Othman itu telah berlangsung dengan jayanya dari pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang pada hari tersebut. 
Semasa berucap,  Encik Abang Ekhsan  menekankan peranan yang boleh dimainkan oleh UNIMAS dalam memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat dalam konteks mewujudkan jaringan universiti dan masyarakat yang bersifat menang-menang. 
“Masyarakat dan komuniti universiti pula perlu bekerjasama dalam konteks kerjasama pintar bagi mewujudkan siswa UNIMAS yang mempunyai keprihatinan yang tinggi pada masyarakat dan mempunyai tahap kemahiran insaniah yang tertinggi” katanya.
 Beliau turut menyarankan Pusat Internet 1 Malaysia yang diwujudkan di pelbagai kawasan di Sarawak untuk bekerjasama dengan pihak UNIMAS yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan terutama dalam bidang teknologi maklumat.
Beliau berkata, ini untuk menjadikan pusat internet yang diwujudkan itu dapat beroperasi pada tahap terbaik dan memberi manfaat terbesar pada masyarakat.
Artikel oleh : Hanisah binti Jarni 
Pegawai Bahagian Media Program Latihan
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135144

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa