• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Amanah berkesan : UNIMAS berjaya lahirkan jumlah graduan tertinggi

on 15 November 2015.

Kota Samarahan, 15 November 2015 :  Peningkatan jumlah graduan dari UNIMAS membuktikan universiti ini telah mencapai kejayaan yang membanggakan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Afred Jabu anak Numpang.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap menyempurnakan sidang ketiga Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-19 yang diadakan pada sesi petang, hari ini.

Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Afred Jabu berkata kejayaan ini juga adalah bukti sikap dedikasi dan komited warga pendidik dan staf UNIMAS untuk menyempurnakan tanggungjawab memastikan  amanah mendidik anak bangsa dilaksanakan dengan sempurna.

“ Syabas dan tahniah kepada warga UNIMAS atas usaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk para pelajar di sepanjang tempoh pengajian mereka di UNIMAS,” katanya.

Beliau yang juga Pro-Canselor UNIMAS juga menasihat para graduan supaya bijak merangka stragegi  dan kaedah ke arah menyempurnakan pengajian siswazah sehinggalah ke peringkat ijazah kedoktoran.

Katanya, ia selaras dengan permintaan pasaran kerja yang memerlukan  modal insan yang berilmu dan berkualiti dalam usaha mencapai agenda transformasi negara menjadi sebuah negara maju.

Malahan, beliau berkata, dengan modal insan terlatih dan pakar dari kalangan anak tempatan, negara tidak perlu lagi bergantung kepada golongan tenaga pakar luar negara untuk memikirkan strategi dan hala tuju dalam membangunkan negara.  

Sementara itu, seramai 704 orang graduan dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) telah menerima ijazah masing-masing dalam sidang tiga ini.

Antara program-program dari FSKPM yang bergraduasi dalam sidang ini ialah dari program pembangunan sumber manusia dan program sains kognitif.

Dalam sidang ketiga, turut menyaksikan penyerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia) Posthumous kepada Allahyarhamah Siti Rohani Binti Sidek.

Turut diberikan adalah Ijazah kepada Allahyarham Mohamad Alif bin Hamzah@Umar yang telah tamat pengajian tetapi meninggal dunia sebelum sempat menerima ijazahnya.

Kedua-duanya ialah pelajar yang menuntut di Fakulti Sains Kognitif dan Pengurusan Manusia dan penerimaan anugerah telah diterima oleh wakil keluarga allahyarham.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy MAT

Foto: UNIMASimage

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134931

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa