• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Graduan tiga fakulti bergraduat hari ini

on 16 November 2015.

 

Kota Samarahan, 16 November 2015 : Hari ketiga Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-19 menyaksikan graduan dari tiga buah fakulti telah menerima ijazah masing-masing pada sidang keempat dan kelima, hari ini.

Penyampaian ijazah untuk kedua-dua sidang tersebut kepada para graduan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang.

Sidang keempat telah diadakan pada sebelah pagi dengan menyaksikan penyampaian ijazah untuk graduan dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) seramai 566 orang dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) seramai 161 orang graduan.

Manakala sidang kelima diadakan pada sebelah petang menyaksikan penyampaian ijazah kepada 599 orang graduan dari Fakulti Sains Sosial (FSS).

Antara program FEP ialah program kewangan, ekonomi antarabangsa, pemasaran dan ekonomi industri manakala program FPSK ialah program perubatan dan kejururawatan.

Bagi FSS pula terdapat tujuh program graduasi untuk tahun ini iaitu program kajian komunikasi, kajian hubunagn industri dan perburuhan, antropologi dan sosiologi, kajian antarabangsa, kajian politik dan pemerintahan, kajian khimat sosial serta program perancangan dan pengurusan pembangunan.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, penambahan enrolmen pelajar setiap tahun menjadi bukti bahawa Unimas sememangnya universiti pilihan pertama pelajar dari dalam dan luar negara untuk menyambung pengajian di peringkat prasiswazah dan siswazah.

Beliau berkata, pada sesi pengambilan 2015/2016 seramai 3,892 pelajar baharu telah mendaftar sekaligus menjadikan keseluruhan enrolmen pelajar seramai 17,226 orang yang menjangkaui sasaran 15,000 pelajar menjelang tahun ini.

Ini adalah tahun kedua berturut-turut sasaran 15,000 pelajar telah dicapai. Jumlah enrolmen Unimas akan terus meningkat pada tahun-tahun hadapan, khususnya enrolmen pelajar siswazah. Daripada jumlah 17,226 orang ini, seramai 2,051 ialah pelajar siswazah, katanya.

Naib Canselor berkata, penubuhan Pusat Pembelajaran Bersepadu Sibu, Sarawak dan Pusat Pembelajaran Bersepadu untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Program Pascasiswazah di Lembah Kelang beroperasi tahun ini turut menyumbang kepada peningkatan berkenaan.

Katanya, selain itu, UNIMAS juga sedang giat merancang pembinaan Pusat Penyelidikan Score Unimas di Bandar Pintar Mukah serta mewujudkan hospital pengajar UNIMAS bagi melengkapkan kualiti pengajian perubatan dan sains kesihatan.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy MAT

Foto : UNIMASimage

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3128324

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa