• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Graduan FK dan FSKTM terima ijazah sidang terakhir

on 17 November 2015.

 

Kota Samarahan, 17 November 2015 : Sidang keenam dan terakhir untuk Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-19 tahun ini menyaksikan graduan dari dua buah fakulti di universiti ini akan menerima ijazah masing-masing.

Sidang keenam telah disempurnakan oleh Tun Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA).

Dua fakulti berkenaan ialah Fakulti Kejuruteraan dengan jumlah graduan seramai 291 orang dan graduan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat seramai 173 graduan.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan berkata empat strategik menjadi fokus utama dalam memastikan kecemerlangan UNIMAS di persada global.

Kata beliau, empat strategik tersebut ialah kecemerlangan dalam pendidikan dan latihan, kecemerlangan dalam inovasi ekosistem, keternampakan dan penonjolan global dan terakhir ialah kemampanan portfolio kewangan.

UNIMAS telah melancarkan pelan strategik lima tahun 2016-2020 dengan iltizam untuk mewujudkan Sustainability for Diverse and Dispersed Community. Empat fokus strategik ini meletakkan kerangka transformasi yang sudahpun diterjemahkan dalam bentuk tindakan untuk warga universiti ini di semua peringkat, sambung beliau lagi.

Katanya, penanda aras kejayaan pelan akan diukur dengan prestasi ranking UNIMAS pada tahap yang lebih baik berdasarkan beberapa indeks di peringkat antarabangsa dan dalam negara seperti Webometric, QS Asia Ranking, MyRA dan Setara.

Selain dari itu, Naib Canselor berkata, kecemerlangan dalam pendidikan dan latihan menuntut UNIMAS sentiasa mengemaskinikan program-program prasiswazah dan siswazahnya.

Beliau berkata, fakulti telah pun diarahkan untuk membuat penambahbaikan secara berterusan (CQI) bagi memastikan kursus-kursus yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan industri dan negara.

Program-program akademik yang didapati tidak lagi relevan akan dijumudkan dan program baharu akan diperkenalkan untuk memastikan UNIMAS sentiasa kontemporari dan sentiasa terkehadapan, katanya.

Naib Canselor berkata, sebagai menyokong aktiviti pembelajaran dan pengajaran, UNIMAS turut memajukan pelbagai aplikasi atas talian antaranya aplikasi eCLASS (Curriculum, Learning, and Assessment Support System) dan Sistem Penyeliaan Pelajar untuk latihan industri.

Katanya, kedua-dua sistem, termasuk perisian lain akan dipatenkan sebagai harta intelek UNIMAS dan penciptanya serta aplikasi ini mempunyai kemampuan untuk dipasarkan selaras dengan usaha ke arah kemampanan portfolio kewangan universiti.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy MAT

foto: UNIMASimage

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3128324

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa