• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Berkat usaha : lima dipilih terima anugerah terbaik FSKTM

on 20 November 2015.

konvo anu sains

KOTA SAMARAHAN, 20 November 2015 : Lima graduan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UNIMAS  telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik  Sains Komputer dan Teknologi  Maklumat 2015, baru-baru ini.
Antara penerima anugerah tersebut ialah  Chan Yat Seng yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) dalam Program Pengkomputeran Multimedia, Chye Kim Quan (Kejuruteraan Perisian), Kayathiri a/p Batumalai (Pengkomputeran Rangkaian), Kok Woon Chee (Sains Komputan) dan Voon Mei Wei (Sistem Maklumat).
Mereka menerima anugerah berkenaan berdasarkan keputusan cemerlang dalam aktiviti akademik dan ko-kurikulum selain dari pencapaian mereka dalam memberi motivasi kepada pelajar-pelajar lain.
Anugerah tersebut merupakan tajaan dari Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) sejak tahun 2014 dengan menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 dan sijil pengiktirafan untuk setiap pelajar. 
Penyampaian anugerah tersebut telah  diadakan bersama-sama dengan Hari Bersama Graduan  pada 17 November 2015 pada jam 2 petang, di Panggung Multimedia FSKTM. 
Objektif Hari Bersama Graduan, yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk mengiktiraf pencapaian dan tamat pengajian pelajar dalam pengajian mereka.
Pada tahun ini, seramai 173 orang pelajar menamatkan pengajian di  FSKTM, dan peratusan kebolehpasaran graduan bagi tahun ini ialah dalam lingkungan 80%.   
Dari jumlah graduat berkenaan, seramai 15 orang pelajar memilih untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana secara penyelidikan.
SAINS dan UNIMAS berharap melalui usaha sama ini, UNIMAS akan dapat menghasilkan graduan yang berkemahiran di dalam bidang ICT dan dapat membantu industri ICT di Sarawak, Malaysia dan juga di peringkat global. 
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3136243

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa