• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS sedia beri bekerjasama dengan IKS

on 24 November 2015.

iks

KOTA SAMARAHAN, 24 November 2015 :  Seminar Demand-Driven Innovation Project by PPRN dan Bengkel Penulisan Permasalahan Teknologi Syarikat telah dirasmikan oleh   Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia,  Dato’Seri Ir Dr Zaini Ujang hari ini bertempat di Dewan Syarahan, Pusat Islam UNIMAS.

PPRN merupakan satu model kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi, industri dan agensi-agensi kerajaan bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu pembangunan produktiviti dan inovasi negara yang mana program ini telah dilancarkan secara rasminya pada 24 Februari 2015 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.

Semasa taklimat,  Dato’Seri Ir Zaini Ujang  memberitahu objektif PPRN untuk mewujudkan ‘knowledge-friendly ecosystem’ di Malaysia iaitu persekitaran di mana pengetahuan dihasilkan dan disebarkan dari mereka yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran berkaitan.

Beliau berkata,  signifikan pengwujudan PPRN adalah kepada syarikat dan peruasahaan yang mempunyai isu/permasalahan teknikal terhadap produk atau proses.

“ PPRN berperanan dalam menemukan mereka dengan pakar/penyelidik dari institusi pendidikan tinggi dan institusi penyelidikan awam yang berpotensi menyelesaikan isu/permasalahan dan membiayai sebahagian peruntukan projek penyelidikan yang berjaya dipadankan antara industri dan penyelidik,”katanya lagi.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, UNIMAS sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak IKS dalam melaksanakan usaha sama terutama dalam meningkatkan bidang keusahawanan di negara ini.

Beliau berkata, sebagai contoh, UNIMAS adalah aktif dalam  melaksanakan projek UCTC yang melibat komuniti dan pembangunan usahawan seperti projek tanaman cendawan dan pemasaran produk IKS.

“Salah satu projek yang akan dilancarkan pada hari ini ialah Point of Purchase UCTC UNIMAS-MARA di bawah projek UNIMAS Entrepreneurship Community Outreach Project (UNIMAS E-COrP),”katanya.

Beliau berkata, projek tersebut membantu usahawan desa terutamanya memasarkan produk mereka ke pusat bandar dengan kerjasama pihak MARA.

Oleh demikian,. Naib Canselor berharap agar  kerjasama sebegitu dapat diteruskan dari masa ke semasa dan menyarankan pihak IKS untuk merebut peluang dengan menyertai program-program yang berkaitan supaya  dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti perniagaan mereka pada masa akan datang.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3136086

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa