• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Usaha UNIMAS dalam Melestarikan Ekologi dan Ekosistem melalui TEC2015

on 01 December 2015.

TEC 11 20151201 MG 9837

Kuching, 1 Disember 2015: Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, UNIMAS telah menganjurkan Regional Taxonomy and Ecology Conference 2015 (TEC 2015) selama dua hari iaitu pada 1 hingga 2 Disember bertempat di Grand Margherita Hotel, Kuching. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak, pagi tadi.

Dalam ucapan perasmian, Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh berkata ahli biologi atau ahli taksonomi bertanggungjawab untuk menerangkan, menamakan dan mengkategorikan pelbagai bentuk kehidupan di bumi. Manakala ahli ekologi bertanggungjawab untuk mengenalpasti bagaimana organisma berinteraksi antara satu sama lain dalam habitat dan persekitaran mereka.

Beliau berkata, salah satu daripada pelan strategik yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ialah usaha ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan. Pertumbuhan hijau akan menjadi anjakan penting dalam mencorakkan pembangunan sosioekonomi negara serta melindungi hasil pembangunan dan biodiversiti.

“Bagi memastikan teras strategik ini dicapai, individu, badan profesional, penggubal dasar, agensi kerajaan dan bukan kerajaan perlu mengenal pasti dan memperkukuhkan kerjasama penyelidikan seperti dalam bidang perubahan iklim, biodiversiti, pengurusan bencana, perlindungan dan pemuliharaan sumber semula jadi,” katanya lagi. Usaha ini akan meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, TEC 2015 mampu untuk memperkukuhkan dan menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti tropika. Ia adalah platform yang sangat baik untuk pertukaran idea, membincangkan pembangunan masa depan dan menggalakkan kerjasama penyelidikan yang membawa kepada kemajuan dalam pengetahuan kita tentang aspek kepelbagaian flora dan fauna.

Persidangan ini telah disertai oleh seramai lebih 150 orang peserta tempatan dan luar negara seperti Indonesia, Brunei Darussalam dan United Kingdom.

Objektif utama persidangan ini adalah untuk berkongsi maklumat sesama peserta persidangan dalam kajian taksonomi dan ekologi yang meliputi kaedah, penggunaan alat dan kaedah penganalisisan. Ia juga merupakan platform untuk membolehkan peserta berinteraksi, bertukar pendapat, belajar dari pengalaman lepas dan semasa dari pakar-pakar taksonomi, ekologi, penggubal dasar dan pemegang taruh sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa. Seterusnya, persidangan ini juga bertujuan untuk membincang dan mencari kaedah-kaedah sesuai untuk mencapai kelestarian ekologi dan ekosistem.

Majlis perasmian persidangan ini turut dihadiri oleh YBhg Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; YBhg Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa; Yang Berusaha Prof Madya Dr Othman Bojo, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber; dan Yang Berusaha Prof Dr Ismail Jusoh, Pengerusi, Regional Taxonomy and Ecology Conference 2015 (TEC 2015). 

Artikel : Olivia Ajan

Foto : Azlandy M.A.T

UNIMASimage

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141312

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa